top of page

Haily terima projek hartanah RM64 juta daripada Mah Sing


Haily terima projek hartanah RM64 juta daripada Mah Sing
Kedudukan Haily dalam pasaran hartanah Johor semakin kukuh ekoran pemilikan baharu projek daripada Mah Sing.

Haily terima projek hartanah RM64 juta daripada Mah Sing

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memperoleh kontrak pembinaan RM64 juta daripada Meridin East Sdn. Bhd.(Meridin East), anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Berhad untuk membina 327 unit kediaman dan 2 pencawang TNB untuk perbandaran Meridin East di Johor Bahru.


Kontrak ini adalah antara projek terbesar Haily setakat ini dan merupakan projek utama kelima yang diraih Kumpulan pada tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek sebanyak RM697.51 juta.


Hari ini, Haily Construction Sdn Bhd, anak syarikat Haily Group telah menerima Surat Anugerah daripada Meridin East untuk pembinaan 327 unit rumah teres dua tingkat dan dua pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Kediaman yang setiap satunya berukuran 20’ x 70’ dan dua pencawang TNB itu akan ditempatkan di Parcel 2G perbandaran Meridin East di Taman Bestari Perdana, Mukim Plentong, di Johor Bahru.


“Kontrak itu dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan dari tarikh permulaan Parcel 2G1 dan Parcel 2G2, yang mana akan ditentukan kemudian.


Mengulas lanjut, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group Berhad, See Tin Hai berkata, kita sedia maklum, bahawa Meridin East adalah pembangunan perbandaran campuran terbesar di Mah Sing, dengan jumlah keluasan tanah 525 hektar.


“Melalui projek ini, kami kini berada pada kedudukan selesa untuk meneruskan kebangkitan aktiviti dalam sektor pembangunan hartanah Johor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.


Di samping itu, sejak dua tahun lepas Johor telah berjaya meraih pelaburan besar dalam sektor minyak dan gas, pusat data dan projek pembuatan.


Ini merupakan petanda baik bagi ekonomi Johor, yang mana tuahnya sepatutnya menular kepada pembangunan hartanah dan aktiviti pembinaan juga.


Sumber: Kosmo!


Haily terima projek hartanah RM64 juta daripada Mah Sing

12 views
bottom of page