top of page

Haily dapat projek bina 186 rumah teres di Johor


Haily Group Bhd
Haily Group Bhd

Haily Group Bhd

KUALA LUMPUR: Pakar pembinaan, Haily Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM32.66 juta daripada Nice Frontier Sdn Bhd untuk membina 186 rumah teres satu tingkat di Bandar Putra, Iskandar Malaysia, Johor.


Dalam satu kenyataan hari ini, Haily berkata kontrak itu, yang ketiga dimenangi syarikat tahun ini telah menokok nilai kontrak projek yang sedang berjalannya kepada RM657.87 juta.


Pada 10 Mac 2023, unit milik penuhnya, Haily Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada JYP Architects Sdn Bhd, arkitek yang dilantik oleh ahli IOI Properties Group, Nice Frontier bagi membina unit kediaman dan sub-stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB).


Haily berkata, projek selama 15 bulan itu akan bermula pada 27 Mac 2023 dan dijangka siap menjelang 26 Jun 2024.


"Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan tahun ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM148.79 juta. Dengan hanya kontrak ini, kami telah melangkaui nilai kontrak yang diperoleh sepanjang tahun lalu," kata Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai.


Kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023 dan sedang giat mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi pada tahun ini.


Sebelum ini pada November 2021, Haily memperoleh projek perumahan komuniti bernilai RM14.57 juta di Kulai daripada Nice Frontier membabitkan pembinaan 216 rumah bandar strata.


Sumber: Berita Harian


12 views

Comments


bottom of page