top of page

GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan


KUALA LUMPUR: Susulan pendedahan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung terdapat komplot monopoli tender oleh kontraktor pembinaan, Guild of Bumiputra Contractors Wibawa (GBC Wibawa)  menyambut baik tindakan berani suruhanjaya itu.


Menurut Pengerusinya, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim, tindakan yang diambil oleh MyCC sedikit sebanyak mengurangkan kerunsingan dan keresahan dalam kalangan kontraktor Bumiputera berhubung kegatan kartel tender kerajaan.


Beliau berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dalam melaporkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu kepada pihak berkuasa.

“GBC Wibawa sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan ini dan menyeru agar pemain-pemain industri pembinaan untuk bersedia menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan agensi-agensi seperti CIDB, BPKU, SPRM dan MyCC untuk diambil tindakan." katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.


Sehubungan itu, GBC Wibawa berharap tiada pihak mengambil kesempatan terhadap mana-mana sistem pemberian tender kerajaan yang telah diguna pakai terutama sistem "cut-off".


Malah setiap persatuan juga, diingatkan beliau agar tidak menggunakan ahli bagi kepentingan segelintir pihak yang memegang jawatan.


Sumber: Astro Awani


16 views

Comments


bottom of page