top of page

Fajarbaru dapat kontrak bangunkan semula kemudahan TUDM Butterworth


Fajarbaru dapat kontrak bangunkan semula kemudahan TUDM Butterworth
Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang

Fajarbaru dapat kontrak bangunkan semula kemudahan TUDM Butterworth

KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) meraih kontrak daripada Jabatan Pertahanan Australia untuk membangunkan semula kemudahan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang.


Anak syarikat milik penuh Fajarbaru, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB) bersama-sama dengan Avionics Pty Ltd (APL) pada 10 Julai 2023 telah dianugerahkan Kontrak Utama (Antarabangsa) Dua Fasa daripada Jabatan Pertahanan Australia, untuk membangunkan semula kemudahan pajakan Australia dan kemudahan Malaysia di Pangkalan TUDM Butterworth.


Bagi Fasa Perancangan projek, bahagian kontrak Fajarbaru adalah bernilai RM7.36 juta.


Fasa itu akan bermula pada 10 Julai 2023 dan dijadualkan siap pada 13 November 2023.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng, berkata kontrak itu adalah peristiwa penting bagi syarikatnya.


Beliau berkata, ia menunjukkan kepakaran dan kredibiliti syarikatnya dalam industri pembinaan.


Katanya, ia juga mengesahkan kedudukan syarikat sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam projek infrastruktur kritikal, dan membuka pintu untuk peluang masa depan dalam sektor pertahanan.


"Kami komited sepenuhnya untuk memberikan hasil yang luar biasa, mempamerkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan ketat Jabatan Pertahanan Australia.


"Kami berterima kasih kepada Jabatan Pertahanan Australia atas kepercayaan mereka terhadap keupayaan kami dan mengharapkan ia suatu perkongsian yang berjaya," katanya dalam satu kenyataan.


Suatu perjanjian usaha sama telah ditandatangani antara FBSB dan APL untuk melaksanakan projek itu.


Skop projek termasuk naik taraf operasi dan rekreasi kepada turapan lapangan terbang, infrastruktur pencahayaan tanah, saliran, padang ragbi, gelanggang futsal dan infrastruktur berkaitan di pangkalan tentera.


Tahun ini, Fajarbaru terus memperkemaskan kedudukannya sebagai salah satu kumpulan pembinaan dan hartanah yang terkenal di Malaysia.


Terdahulu pada Jun 2023, Fajarbaru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk membangunkan 'Medi-City Bandar Cassia,' bandar perubatan dan hab pembangunan bercampur di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.


Cadangan pembangunan besar-besaran itu, yang terletak di atas sebidang tanah seluas 93 hektar akan berfungsi sebagai hab perubatan dengan kemudahan termasuk hospital, kampus perubatan dan hab bekalan perubatan.


Ia juga akan merangkumi elemen bukan perubatan termasuk runcit, hotel, kediaman, komersial, komponen rekreasi dan sistem pengangkutan bersepadu.


Sumber: Berita Harian


Fajarbaru dapat kontrak bangunkan semula kemudahan TUDM Butterworth


9 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page