top of page

Fajarbaru raih kontrak RM125.3 juta daripada Penang Group Development Corporation


Fajarbaru Builder Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Fajarbaru Builder Group Bhd
Projek pangsapuri mampu milik di Seberang Perai Selatan itu melibatkan unjuran perolehan selama kira-kira tiga tahun bagi Fajarbaru Builder.

KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Fajarbaru Builder Group Bhd, berjaya memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM125.3 juta daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata kontrak tersebut meliputi fasa empat cadangan pembangunan bercampur merangkumi 25 fasa dengan Fajarbaru Builder bagi membina tiga blok pangsapuri mampu milik di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.



Fajarbaru berkata ini meliputi pangsapuri kos rendah sederhana 12 tingkat mengandungi 149 unit; sebuah pangsapuri kos sederhana 14 tingkat jenis A (149 unit); sebuah pangsapuri kos sederhana 19 tingkat jenis B (222 unit), lima unit lot kedai serta tempat letak kereta dua tingkat.


"Projek ini melibatkan unjuran perolehan selama kira-kira tiga tahun dan menyumbang secara positif kepada kumpulan selain projek-projek pembinaan lain yang sedang dijalankan," kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tan Sri Chan Kong Choy.


Sumber: Astro Awani


Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page