Eversendai Corporation Bhd meraih tiga projek baharu di Emiriah Arab Bersatu (UAE), India dan Singapura dengan nilai keseluruhan RM1.3 bilion, komitmen syarikat menyokong tenaga boleh diperbaharui
- Ridhwanisme
- May 20
- 2 min read

KUALA LUMPUR
Projek Baharu Bernilai RM1.3 Bilion:
Eversendai memperoleh 3 projek utama di UAE, India dan Singapura.
Nilai gabungan projek mencecah RM1.3 bilion.
Buku pesanan tertunggak kumpulan meningkat kepada RM6.6 bilion.
Projek di UAE – Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir:
Diperoleh melalui Eversendai Offshore daripada Dragados Offshore S.A.U., Sepanyol.
Skop: Fabrikasi keluli struktur untuk blok ‘topside’ bagi sambungan grid luar pesisir projek:
LanWin2
BalWin3
LanWin4
Terlibat dalam projek tenaga hijau luar pesisir di Jerman (di bawah Program 2GW TenneT).
Skop merangkumi: kejuruteraan, perolehan bahan, fabrikasi, pemasangan, mengecat dan pemunggahan.
Pembinaan dilakukan di kemudahan tepi laut milik Eversendai di Ras Al Khaimah, UAE (200,000 m² dengan dermaga 550m).
Kontribusi kepada Peralihan Tenaga di Eropah:
Projek menyokong sasaran iklim Jerman, Belanda & Eropah.
Fokus pada pembangunan tenaga hijau bebas fosil, menjadikan Laut Utara sebagai "loji kuasa hijau Eropah".
Penyerahan blok secara berperingkat dijangka sebelum Disember 2027.
Rekod Prestasi Eversendai dalam Tenaga Hijau:
Terlibat sejak 2019 dalam projek:
Hollandse Kust Zuid Alpha (2019–2020)
Hollandse Kust Zuid Beta (2020–2021)
Kedua-dua projek untuk stesen penukar angin luar pesisir TenneT, Belanda (700MW).
Projek di India – Lapangan Terbang Chennai:
Fasa Kedua pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai.
Fokus kepada peluasan kapasiti keseluruhan lapangan terbang.
Projek di Singapura – Pusat Sains Baharu:
Pembinaan Pusat Sains berteknologi tinggi.
Menjadi salah satu kemudahan sains termaju di negara itu.
Komitmen Kepimpinan Syarikat:
Tan Sri Datuk A K Nathan menekankan:
Komitmen syarikat dalam menyokong tenaga boleh diperbaharui.
Keyakinan terhadap pasukan berpengalaman dan berdedikasi di Eversendai.
Berita Harian / Nur Amira Mohd Hedzer





Comments