ECRL kini berada di landasan tepat dan dijangka mencapai 90 peratus status kemajuan pembinaan menjelang Disember 2025, sasaran siap Disember 2026; mula operasi 2027
- Ridhwanisme
- 2 days ago
- 1 min read

KUANTAN, PAHANG
Status Terkini Projek ECRL:
Sehingga April 2025, kemajuan keseluruhan ECRL ialah 82.45%.
Disasarkan mencapai 90% menjelang 31 Disember 2025.
Tarikh sasaran siap sepenuhnya: Disember 2026; mula operasi: 2027.
Kemajuan Mengikut Negeri:
Terengganu: 91%
Kelantan: 86–89%
Pahang: 84–85%
Selangor: 67%
Pembangunan di Pahang:
Laluan ECRL sepanjang 258km dengan 7 stesen:
Penumpang sahaja: Cherating, KotaSAS
Penumpang & kargo: Kuantan Port City, Paya Besar, Maran, Temerloh, Bentong
Kerajaan Negeri Pahang merancang pembangunan berimpak tinggi dalam radius 15km dari setiap stesen.
Sistem Komunikasi, Informasi & Semboyan (CIS):
Kerja-kerja CIS sedang berjalan di 15 stesen dari Kota Bharu ke Gombak.
Sasaran siap:
Akhir 2025 atau
Suku pertama 2026
CIS mampu disiapkan dalam 40 hari bagi satu stesen berdasarkan pengalaman lalu.
Ujian Operasi:
Ujian dan pemantauan operasi dijadual pada Jun 2026.
Tren EMU (Electric Multiple Unit):
2 unit tren EMU dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir 2025.
Harga Tambang:
Masih dalam penilaian oleh Kementerian Pengangkutan, APAD dan agensi berkaitan.
Menteri Pengangkutan jamin harga akan "berpatutan bagi rakyat".
Kemajuan Terowong Genting:
Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39km kini berbaki 200 meter sahaja.
Dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2025.
Komitmen & Kerjasama:
Disokong oleh semua negeri terlibat serta pihak kontraktor utama: China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.
Astro Awani / BERNAMA
Comments