top of page

ECRL dijangka beroperasi awal 2027 - Anthony


Perkhidmatan kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka beroperasi pada awal 2027
Pembukaan ECRL akan mempercepatkan peralihan pergerakan kargo dari jalan ke kereta api.

KUANTAN - Perkhidmatan kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka beroperasi pada awal 2027 akan mempercepatkan peralihan pergerakan kargo dari jalan ke kereta api sekali gus mengurangkan kesesakan dan kebimbangan berkaitan alam sekitar.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemindahan kargo dilakukan secara meluas melalui kereta api antara Pantai Timur dan Lembah Klang akan datang mengurangkan pergerakan lori besar di jalan raya.

"Bila ECRL mula beroperasi pengangkutan kargo yang sebelum ini iaitu menggunakan jalan raya bertukar kepada kereta api. Ini adalah dasar penting yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan lebih banyak pengangkutan barang menggunakan perkhidmatan itu (kereta api).

“Ia bukan sahaja menjimatkan kos dan mesra alam tetapi akan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dengan mengurangkan bilangan lori besar di jalan raya terutama di sepanjang laluan antara Pantai Timur dan Lembah Klang.

"Seperti yang kita tahu kebanyakan lori perlu melalui jalan Karak apabila mereka lalui di jalan Titiwangsa khususnya Genting Sempah dan sebagainya, sudah tentu selalu menyebabkan kesesakan yang teruk, selain membahayakan kenderaan berat dari segi geografinya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pada Jumaat.


Beliau menjelaskan projek ECRL ini adalah pemangkin untuk hub perindustrian bukan sahaja untuk MCKIP tetapi di semua peringkat pengangkutan di negara ini.



Justeru, pihaknya merancang supaya banyak lagi kawasan perindustrian dan juga hab logistik dibina sepanjang laluan ini, terutamanya di Pahang.


"Kalau boleh bukan sahaja di Kuantan, tetapi juga di Temerloh (khusus stesen Mentakab), stesen Bentong dan beberapa kawasan perindustrian di Pahang.


Sumber: Sinar Harian

8 views

Comentários


bottom of page