top of page

Dubai umum bina pulau berbentuk pokok palma


Palm Jebel Ali, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Pemerintah Dubai pada Rabu mengumumkan sebuah pulau baharu berbentuk pokok palma tiruan dikenali Palm Jebel Ali. - Foto Agensi

DOHA - Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada Rabu mengumumkan sebuah pulau baharu berbentuk pokok palma tiruan dikenali Palm Jebel Ali, bakal dibina di selatan bandar itu, lapor Sputnik.


"Dubai semakin berkembang pesat dan makmur. Hari ini kami mengumumkan rancangan untuk membina projek baharu - Palm Jebel Ali - dengan keluasan dua kali ganda saiz Palm Jumeirah," katanya di Twitter.

Pulau baharu itu akan mempunyai pantai sepanjang 110 kilometer (68 batu) dan lebih 80 hotel serta kompleks pelancongan bagi menarik pelancong dari seluruh dunia.

"Kami telah mengumumkan matlamat kami untuk menggandakan ekonomi Dubai menjelang 2033 dan setiap hari kami menambah bata baharu untuk membina bandar tercantik di dunia," katanya.


Sebelum ini, pulau buatan Palm Jumeirah dibina di Dubai pada tahun 2006. Pihak berkuasa Dubai memutuskan untuk memperluas garis pantai berhampiran Dubai bagi mendirikan infrastruktur resort tambahan pada masa hadapan.


Batu dan pasir dari laut digunakan untuk membina pulau itu memandangkan pasir dari padang pasir tidak sesuai. Pulau ini mempunyai hotel mewah, vila, pusat hiburan dan pantai berpasir.


Sumber: Sinar Harian



bottom of page