top of page

Citaglobal ambil alih kepentingan Spectra Suria, Nova Reeco


Citaglobal ambil alih kepentingan Spectra Suria, Nova Reeco
Dari kiri, Pengarah Tenaga Nova Spectra, Nik Fadhlee Nik Ahmad Huznee; Pengarah Tenaga Nova Spectra, Nik Mohd Omar Nik Ahmad Huznee; Pengerusi Eksekutif & Presiden Citaglobal Bhd, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd, Azly Abdul Kadir dan Pengarah Tenaga Nova Spectra Nik Imran Nik Ahmad Huznee pada majlis menandatangani perjanjian pegangan saham.

Citaglobal ambil alih kepentingan Spectra Suria, Nova Reeco

KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd mengambilalih 60 peratus pegangan dalam pembekal fotovoltan solar berdaftar Spectra Suria Sdn Bhd secara tunai RM2 juta, dan 40 peratus pegangan dalam syarikat pelabur fotovoltan solar berdaftar Nova Reeco Sdn Bhd, juga secara tunai pada harga RM3 juta.


Langkah itu dibuat untuk mengukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.


Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Spectra Suria dan Nova Reeco kini sedang meninjau projek daripada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi separa kerajaan.


"Kedua-dua pengambilalihan datang dengan buku pesanan sebanyak RM268 juta, meningkatkan jumlah buku pesanan Citaglobal yang mana akan melonjak kepada RM1.27 bilion dan ke atas.


"Bersama-sama dengan pengambilalihan kepentingan Nova Reeco, Citaglobal juga berhasrat untuk membeli saham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus (ICPS) dalam syarikat itu.


"Saham ini boleh ditukar kepada kepentingan ekuiti tambahan 20% dalam Nova Reeco," katanya.


Di samping itu, Citaglobal komited untuk membuat pelaburan selanjutnya, sama ada dalam bentuk pemegang saham pendahuluan atau saham keutamaan boleh tebus dengan nilai sekurang-kurangnya RM7 juta, dalam usaha niaga Nova Reeconya.


Langkah itu, katanya, akan menjadikan jumlah pelaburannya dalam kedua-dua pengambilalihan itu berjumlah RM12 juta.


Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan hari ini, untuk menandakan pengambilalihan kepentingan Citaglobal dalam Nova Reeco.


Dokumen penting yang berkaitan dengan pengambilalihan telah ditandatangani Aimi Aizal Bin Nasharuddin, Pengarah Eksekutif Citaglobal yang bertanggungjawab ke atas bahagian Tenaga Baharu Kumpulan, dan Pengarah Eksekutif Nova Reeco, Nik Ahmad Huznee Nik Hussain dan Nik Mohd Umar Nik Ahmad Huznee.


Juga pada hari ini, dokumen penting berkaitan perjanjian Spectra Suria telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd, Azly Abdul Kadir, dan Pengarah Eksekutif Spectra Suria, Nik Fadhlee Nik Ahmad Huznee dan Nik Mohd Umar Nik Ahmad Huznee.


Kedua-dua majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria.


"Pengambilalihan ini adalah bersyarat berlandakan beberapa terma. Antaranya, Spectra Suria akan diberikan surat anugerah daripada Nova Spectra Energy atas pelantikannya sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


"Spectra Suria terbabit terutamanya dalam kerja-kerja EPCC fotovoltaik solar (PV) dan sistem storan tenaga. Nova Reeco terlibat terutamanya dalam perniagaan organisasi, promosi dan pengurusan acara, aktiviti reka bentuk khusus, dan pemborongan pelbagai barangan," katanya.


Cadangan pengambilalihan ini adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang dilancarkan baru-baru ini oleh kerajaan dan pelan strategik Citaglobal dalam mengembangkan bahagian tenaga boleh diperbaharuinya.


Vendor untuk perjanjian Spectra Suria ialah Nik Ahmad Huznee Nik Hussain dan Nik Mohd Umar Nik Ahmad Huzne


Sementara itu, vendor untuk perjanjian Nova Reeco ialah Nik Ahmad Huznee, Nik Fadhlee Nik Ahmad Huznee, dan Nova Spectra Energy Sdn Bhd.


Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria, berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan pengambialihan perolehan akreatif ini.


"Selain memberikan kami buku pesanan yang kukuh untuk meningkatkan pendapatan kami, tawaran ini adalah bukti lanjut komitmen Citaglobal untuk membuat tandanya dalam industri tenaga boleh diperbaharui.


"Citaglobal memberi tumpuan kepada matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Membina portfolio pelbagai penyelesaian tenaga adalah salah satu langkah pertama sebelum beralih sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui tanpa karbon.


"Kami membayangkan Citaglobal untuk membangunkan perkhidmatan turnkey EPCC hujung ke hujung dalam segmen tenaga boleh diperbaharui, sama ada pembangunan & reka bentuk kejuruteraan, perolehan, pemantauan jarak jauh, penyelenggaraan atau peningkatan prestasi," katanya.


Memperincikan lebih lanjut mengenai rancangan Citaglobal dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, Norza berkata , matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi pemilik aset projek TBB ini, yang akan menjana pendapatan berulang untuk Citaglobal sepanjang tempoh konsesi.


Sementara tiu, Pengarah Eksekutif Spectra Suria, Nik Ahmad Huznee Nik Hussain, berkata, pihaknya mengalu-alukan Citaglobal sebagai pemegang saham baharu dan rakan kongsi perniagaannya.


"Dengan perkongsian baharu ini, kami berharap dapat membawa Suria Spectra dan Nova Reeco ke tahap yang lebih tinggi, dan menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui utama di Malaysia dan seterusnya," katanya.


Cadangan Pengambilalihan Spectra Suria dijangka siap dalam tempoh 30 hari, manakala Cadangan Pengambilalihan Nova Reeco dijangka siap dalam tempoh dua bulan.


Setelah selesai, kedua-dua pengambilalihan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan Kumpulan, apabila Spectra Suria dan Nova Reeco mula mengiktiraf keuntungan daripada projek mereka.


Sumber: Berita Harian


Citaglobal ambil alih kepentingan Spectra Suria, Nova Reeco


7 views

Comentarios


bottom of page