top of page

Cari kontraktor penyelamat untuk projek Jambatan Rambungan


Pembinaan Jambatan Rambungan, Sarawak
Pembinaan Jambatan Rambungan, Sarawak

LUNDU: Pembinaan Jambatan Rambungan yang kini memasuki tahun kelapan sejak 2016 yang masih terbengkalai dalam proses semakan penamatan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.


Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, keputusan itu diambil selepas bersama-sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Ir Aidel Lariwoo melawat tapak projek bulan lalu.


“Projek tersebut berada dalam keadaan tenat dan pada masa kini dalam proses semakan penamatan pihak JKR Sarawak.


“Mungkin kita terpaksa mencari kontraktor penyelamat.


Sekiranya kita teruskan dengan kontraktor sedia ada, kadar penyiapan hanyalah pada Disember tahun 2025 iaitu dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf di Surau An Nur Kampung Trusan Jaya Sematan.


Azizul berkata, beliau telah pun menyuarakan mengenai perkembangan pembinaan jambatan terbabit sebelum ini memandangkan lapan jambatan lain sudah pun siap diikuti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, manakala jajaran Sematan hingga Moyan siap hujung tahun ini.


“Sekiranya Jambatan Rambungan belum siap boleh dikatakan sebagai laluan ini terputus hubungan dengan laluan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.


Adun Tanjong Datu itu turut terkilan kerana sejak 2016 jambatan itu dijanjikan siap namun sehingga kini masih tersadai akibat kontraktor yang tidak bertanggungjawab.


Dedahnya, alasan yang diberikan oleh kontraktor tetap sama iaitu kurang sumber tenaga kerja.

“Daripada 2016 projek ini dijanji siap kemudian tahun 2018 kita faham projek batal akibat pertukaran kerajaan.


“Tetapi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggunakan dana negeri untuk membinanya namun kita diperlakukan sebegini oleh kontraktor tidak bertanggungjawab.


“Alasan diberikan selalu mengatakan kurang sumber tenaga tetapi jika saya hendak berterus terang…mereka sebenarnya malas, senang cerita malas nak buat kerja,” tegasnya.


Terdahulu, majlis penyerahan sumbangan menyaksikan seramai 35 golongan asnaf dari 10 buah kampung di Zon Sematan disantuni termasuk penempatan mualaf.


Sambutan majlis diikuti majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama-sama Adun Tanjong Datu sebelum disambung dengan solat sunat Tarawih bersama-sama penduduk kampung.


Sumber: Sarawak Voice


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page