top of page

45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di PPR Jelatek


45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di PPR Jelatek
PPR Jelatek

45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di PPR Jelatek

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di dalam rumah dan kawasan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek semalam, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Susulan itu, sebanyak 17 notis kompaun dikeluarkan.


Pemeriksaan itu dilakukan oleh DBKL melalui Pejabat Kesihatan Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia, SWCorp dan Alam Flora.


Manakala persatuan penduduk melakukan gotong-royong berikutan 18 kes demam denggi dilaporkan di kawasan berkenaan antara 22.05.2023 (61 hari) sehingga 22.07.2023 dan dijangka tamat pada 27.07.2023.


DBKL berkata, beberapa aktiviti lain turut dijalankan sebagai pengisian kepada aktiviti gotong royong ini.


Antaranya aktiviti kawalan nyamuk dan kutipan barang terpakai seperti perabot, botol, plastik, minyak masak dan barang elektrik.


Pameran denggi turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat.



45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di PPR Jelatek


3 views

Comments


bottom of page