top of page

Tapak binaan biak nyamuk aedes


Seramai 20 warga asing dan dua warga tempatan yang berada di tapak binaan ditahan bagi tujuan pemeriksaan.

TANJUNG MALIM - Sebuah tapak pembinaan rumah di Kota Malim Prima di sini bukan sahaja dikenakan notis akibat gagal mematuhi peraturan pembinaan, malah diarah menghentikan operasi selama 14 hari selepas dikesan menjadi tempat pembiakan aedes.


Tindakan itu diambil susulan operasi mengejut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini.



Pengarah CIDB Perak, Saini Saidi berkata, penutupan itu dilakukan selepas pemeriksaan menemui sembilan lokasi aktif dan 64 lagi kawasan berpotensi untuk pembiakan nyamuk di tapak pembinaan terbabit.


"Syarikat kontraktor dikenakan tindakan henti operasi berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Mac depan mengikut Seksyen 8 (3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mempunyai lebih daripada lima tempat pembiakan.


"Keadaan ini dikhuatiri memberi risiko ancaman wabak denggi bukan sahaja kepada pekerja tapak binaan, tetapi penduduk di sekitar kawasan ini," katanya pada sidang media hari ini.


Sumber: Sinar Harian


43 views
bottom of page