top of page

2 tertimbus, 5 cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Korea Selatan

2 tertimbus, 5 cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Korea Selatan
Gambar kejadian (Sumber: Korea JoongAng Daily) The view of the building in Anseong, Gyeonggi, where the top floor collapsed and buried two workers. [YONHAP]

2 tertimbus, 5 cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Korea Selatan

SEOUL: Dua pekerja tertimbus dan lima yang lain cedera apabila tingkat atas bangunan yang sedang dalam pembinaan di Korea Selatan runtuh, hari ini, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan itu terletak di Anseong, kira-kira 60 kilometer tenggara Seoul.

Kejadian berlaku pada jam 11.49 pagi waktu tempatan (0249 GMT).

Runtuhan itu menyebabkan dua pekerja tertimbus dan lima lagi cedera. Jengkaut dan kren digunakan untuk operasi menyelamat.

Polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada peraturan keselamatan dipatuhi.

Sumber: Berita Harian

bottom of page