top of page

11 terkorban tembok jambatan runtuh di Islamabad


11 terkorban tembok jambatan runtuh di Islamabad
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat hujan lebat di Islamabad, Pakistan pada Rabu.

11 terkorban tembok jambatan runtuh di Islamabad

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat hujan lebat di Islamabad, Pakistan pada Rabu.


Menurut seorang pegawai tempatan, kejadian berlaku berhampiran Golra Mor di Jalan Peshawar, menyebabkan beberapa pekerja binaan tertimbus.


"Setakat ini, 11 mayat telah dijumpai, manakala enam yang cedera telah dipindahkan ke hospital tempatan di Islamabad," kata pegawai penyelamat tempatan, Imdadullah, kepada Agensi Anadolu. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), setakat ini 99 orang termasuk 41 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara sejak 25 Jun lalu akibat hujan lebat dan banjir.


Hujan dan banjir turut mengakibatkan kira-kira 175 orang termasuk 59 kanak-kanak dan 48 wanita cedera, manakala 130 rumah rosak.


Hujan monsun sering mencetuskan bencana di Pakistan yang bukan sahaja meragut nyawa manusia, malah turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan iklim telah meningkatkan lagi kekerapan bencana alam.


Tahun lepas, hujan dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini membanjiri satu pertiga daripada Pakistan, mengorbankan lebih 1,700 orang, memusnahkan ratusan ribu rumah, sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan di wilayah Balochistan dan Sindh, serta mengakibatkan kerugian yang besar mencecah lebih AS$30 bilion.


Sumber: Astro Awani


11 terkorban tembok jambatan runtuh di Islamabad


Comments


bottom of page