top of page

11 maut, bumbung gimnasium sekolah runtuh


11 maut, bumbung gimnasium sekolah runtuh
Seramai 11 orang maut apabila bumbung sebuah gimnasium sekolah di timur laut China runtuh. - Foto media sosial AAA

11 maut, bumbung gimnasium sekolah runtuh

BEIJING - Seramai 11 orang maut apabila bumbung sebuah gimnasium sekolah di timur laut China runtuh, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV).


Bumbung sebuah gimnasium di sebuah sekolah menengah di bandar Qiqihar di China, yang terletak di Wilayah Heilongjiang, runtuh pada Ahad, dipercayai ketika sesi latihan pasukan bola tampar wanita memerangkap 10 orang mangsa.


CCTV pada Isnin melaporkan, terdapat sejumlah 19 orang di dalam gimnasium semasa kejadian dengan empat orang dapat menyelamatkan diri.


Setakat awal pagi Isnin, seramai 14 orang berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan, empat daripadanya telah meninggal dunia, manakala enam lagi maut ketika mendapatkan bantuan perubatan.


Mayat mangsa terakhir ditemukan pada 0200 GMT pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban seramai 11 orang.


Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.


Sumber: Sinar Harian


11 maut, bumbung gimnasium sekolah runtuh


14 views

Comentarios


bottom of page