top of page

WZ Satu raih kontrak Rubber City bernilai RM121.5 juta



KUALA LUMPUR: WZ Satu Bhd dilantik selaku kontraktor yang akan melaksanakan kerja-kerja asas dan infrastruktur bagi fasa pertama projek Kedah Rubber City (KRC) (Pakej Pertama) bernilai RM121.5 juta.


Anak syarikat pembinaan dan kejuruteraan awam milik penuhnya, WZS BinaRaya Sdn Bhd, hari ini menerima tawaran itu daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


WZ Satu berkata, bidang tugas anak syarikatnya itu merangkumi kerja asas, kerja infrastruktur, tangki takungan, kerja pembinaan jambatan dan perkhidmatan lampu jalan.

Projek di Padang Terap itu akan memulakan kerja pada 2 Disember 2019 dan dijangka siap pada 2 Disember 2021.


“Lembaga Pengarah WZ Satu mengambil kira kesemua aspek tawaran itu dan berpendapat tawaran itu adalah untuk kepentingan syarikat.


“Tawaran itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan pada masa depan dan aset bersih sesaham syarikat itu bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2020 hingga 31 Ogos 2022,” menurut WZ Satu. - BERNAMA



80 views
bottom of page