top of page

Wujudkan Jawatankuasa Keselamatan Empangan pantau tahap keselamatan


Wujudkan Jawatankuasa Keselamatan Empangan pantau tahap keselamatan
Empangan Air Itam di Pulau Pinang. - Gambar fail

Wujudkan Jawatankuasa Keselamatan Empangan pantau tahap keselamatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan Jabatan Keselamatan Empangan bagi memantau tahap keselamatan kemudahan itu di seluruh negara yang kini berada dalam keadaan kritikal.


Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting mengambil kira sebahagian empangan yang ada di negara ini yang sudah berusia lebih 100 tahun.


"Empangan kita kritikal. Bayangkan kalau apa-apa berlaku kepada empangan kita, risiko kematian dan bencana yang sangat dahsyat, yang tak boleh kita bayangkan.


"Empangan Klang Gate (di Ulu Klang, Gombak) sebagai contoh, kalau berlaku bencana berapa ribu mangsa yang akan terjejas. Banyak (yang akan terjejas), malah jutaan nilai harta akan musnah.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Maka saya cadangkan satu Jabatan Keselamatan Empangan dapat ditubuhkan," katanya.


Beliau yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.


Tuan Ibrahim berkata, ketika ini hanya ada satu skuad di bawah Jabatan Bekalan Air iaitu di peringkat kementerian yang memantau tahap keselamatan empangan di seluruh negara.


"Pada November 2021, Empangan Chereh pecah. Empangan ini untuk bekalan air bagi bandar Kuantan (di Pahang). Nasib baik ia tidak pecah di permukaan.


"Pada 7 Januari saya turun dengan pasukan. Dia pecah di bahagian tepi yang menyebabkan aliran air masuk ke ladang kelapa sawit, nasib baik tidak kena kawasan perumahan penduduk.


"Namun hingga hari ini Empangan Chereh masih belum dibaiki," katanya.


Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya kewujudan jabatan ini disegerakan dan pada masa sama, kerajaan perlu mempercepatkan penubuhan Jabatan Perumahan Iklim di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menangani isu perubahan iklim yang sangat serius.


Sumber: Berita Harian


Wujudkan Jawatankuasa Keselamatan Empangan pantau tahap keselamatan


Opmerkingen


bottom of page