WCE ke Tanjong Karang dijangka buka potensi perumahan dan ekonomi utara Selangor
- 4 minutes ago
- 2 min read

SELANGOR
WCE sebagai pemangkin pembangunan utara Selangor
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bukan sekadar projek meningkatkan kapasiti jalan, tetapi dilihat sebagai infrastruktur strategik untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan pusat bandar.
Seksyen 7 WCE, yang menghubungkan Assam Jawa, Kuala Selangor ke Tanjong Karang.
Sambungan ke Tanjong Karang berpotensi membuka potensi ekonomi kawasan utara Selangor termasuk Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Masa perjalanan menjadi faktor utama pembangunan
Penyambungan WCE ke Tanjong Karang dijangka mengurangkan masa perjalanan sekitar 45 minit hingga satu jam.
Pengurangan masa perjalanan meningkatkan kebolehcapaian tenaga kerja, pasaran, perkhidmatan dan aktiviti komersial.
Ia juga berpotensi menjadikan kawasan utara Selangor lebih praktikal sebagai lokasi kediaman bagi individu yang bekerja di Shah Alam atau Klang.
Potensi besar terhadap sektor perumahan
Antara sektor yang disebut secara langsung ialah perumahan.
Konsep yang boleh berlaku ialah penduduk menetap di Tanjong Karang atau kawasan sekitar tetapi berulang-alik ke pusat pekerjaan di Shah Alam dan Klang.
Dalam jangka sederhana dan panjang, peningkatan akses jalan raya lazimnya boleh meningkatkan permintaan terhadap tanah perumahan, komersial dan kemudahan sokongan.
Bagaimanapun, ianya perlu dilihat perkara berkaitan kapasiti utiliti, sistem saliran, sekolah, kesihatan dan kemudahan awam supaya pembangunan tidak berlaku secara tidak terkawal.
Kesan limpahan kepada perdagangan, industri dan logistik
Infrastruktur yang lebih baik boleh mengurangkan masa dan kos perjalanan barang serta meningkatkan akses kepada pasaran.
Kawasan seperti Sungai Besar dan Sabak Bernam mempunyai asas ekonomi berasaskan pertanian dan aktiviti agro-makanan. Akses lebuh raya yang lebih baik boleh membantu pergerakan hasil pertanian, input industri dan produk hiliran.
Kajian akademik mengenai WCE di Sabak Bernam turut menunjukkan lebuh raya berpotensi mempengaruhi pola pembangunan, guna tanah, aktiviti ekonomi dan perkembangan kawasan agropolitan.
Infrastruktur awam perlu mendahului pembangunan
Pengajaran daripada Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bahawa pembangunan wilayah boleh bergerak perlahan sekiranya tidak disokong infrastruktur dan kesalinghubungan yang mencukupi.
Ini membawa implikasi penting kepada perancang bandar dan pemain pembinaan: membina jalan sahaja tidak mencukupi.
Pembangunan koridor perlu disokong oleh:
utiliti air dan elektrik;
sistem pembetungan;
saliran dan tebatan banjir;
sekolah serta kemudahan kesihatan;
kawasan komersial;
pengangkutan awam;
kemudahan logistik; dan
perancangan guna tanah yang terkawal.
WCE boleh mengubah nilai strategik tanah
Apabila akses perjalanan meningkat, tanah yang sebelum ini dianggap terlalu jauh daripada pusat pekerjaan boleh menjadi lebih menarik kepada pemaju.
Ini boleh mencetuskan land value uplift, pembangunan perumahan baharu dan aktiviti komersial di sekitar nod persimpangan.
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan peningkatan nilai tanah tidak membawa kepada pembangunan spekulatif atau pembangunan yang tidak selari dengan kapasiti infrastruktur.
Hubungan WCE dengan agenda RS-2
Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026-2030 mengandungi enam misi dan 25 bidang tumpuan serta menyasarkan RM600 bilion nilai ekonomi sepanjang tempoh tersebut.
Infrastruktur menjadi antara instrumen penting untuk mencapai sasaran tersebut kerana pembangunan ekonomi memerlukan rangkaian pengangkutan yang mampu menghubungkan kawasan pengeluaran, kediaman dan pusat pekerjaan.





Comments