top of page

Waja Konsortium dapat projek pangsapuri perkhidmatan di JB


Waja Konsortium dapat projek pangsapuri perkhidmatan di JB
Waja Build Tech Sdn Bhd

Waja Konsortium dapat projek pangsapuri perkhidmatan di JB

KUALA LUMPUR: Waja Build Tech Sdn Bhd berjaya memenangi pengurusan projek dan kontrak pembinaan bernilai RM279.15 juta daripada TH Tebrau Land Sdn Bhd untuk projek di Johor Bahru.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Waja Konsortium Bhd berkata, syarikat milik 51 peratusnya, iaitu Waja Build Tech akan menjalankan kerja-kerja pengurusan projek untuk fasa kedua projek pangsapuri perkhidmatan yang dikenali sebagai One49 Residence, terdiri daripada lima blok pangsapuri perkhidmatan berjumlah 2,260 unit; dan pembinaan kerja-kerja substruktur, kerja-kerja bangunan utama, dan podium untuk Menara D dan E.


"Memandangkan kerja-kerja kontrak akan dilaksanakan sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 hingga 30 Jun 2027, lembaga pengarah menjangkakan ia menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan syarikat dan anak-anak syarikatnya dalam tempoh tersebut," katanya.


Kumpulan itu terbabit dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan lembaga pengarah tidak menjangkakan sebarang risiko material yang timbul daripada projek tersebut, selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan yang mana ia adalah perniagaan biasa bagi kumpulan.


Waja Build Tech terbabit dalam pembangunan hartanah serta pembinaan am dan memulakan perniagaan pada 6 Mei 2021.


Bagi memudahkan perniagaannya, Waja Build Tech memperoleh lesen Gred 7 yang dikeluarkan oleh CIDB pada 31 Mac 2021, yang mana ia telah diperbaharui dan akan tamat tempoh pada 7 April 2024.


Sumber: Berita Harian


Waja Konsortium dapat projek pangsapuri perkhidmatan di JB


Comments


bottom of page