top of page

Johor 'lubuk rezeki' kontraktor pembinaan tempatan


Johor 'lubuk rezeki' kontraktor pembinaan tempatan
Projek RTS menjadi pemangkin kepada pertumbuhan masa depan di Johor - Foto hiasan

Johor 'lubuk rezeki' kontraktor pembinaan tempatan

KUALA LUMPUR: Projek-projek pembinaan di Johor akan terus memberi manfaat kepada kontraktor sepanjang beberapa tahun akan datang, demikian menurut penganalisis.


Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada lawatan ke negeri itu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pembangunan terbaharu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han.


"Kami berpeluang untuk melihat perkembangan projek Landasan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura. Bahagian projek RTS di Malaysia sudah siap 41 peratus setakat Julai, dan dijangka siap sebelum akhir 2026.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Sunway Construction ialah kontraktor untuk jejambat darat. Pada Mac lalu, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM604.9 juta oleh Mass Rapid Transit System yang meliputi Pakej 1B (kerja-kerja pembinaan awal untuk stesen dan jejambat) dan Pakej 5 (jejambat tanah dan struktur sampingan).


"Sementara itu, jejambat marin sedang dibina oleh kontraktor-kontraktor yang berpangkalan di China, dan jejambat ini juga memperlihatkan perkembangan yang baik," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Adam berkata, pakej-pakej untuk membina stesen RTS Bukit Chagar dan juga Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) masih belum dianugerahkan, selepas tender dipanggil antara Mei dan Ogos lalu.


"Sunway Construction telah menghantar tender bagi Pakej 2A dan 2B untuk ICQC, yang kami anggarkan bernilai RM400 juta hingga RM700 juta.


"Kami melihat syarikat itu sebagai pilihan utama untuk pakej-pakej berkenaan, kerana ia telahpun terbabit dalam kerja pembinaan cerucuk untuk ICQC, manakala Gadang Holdings meraih kerja untuk pakej 4 dan 6 (stesen Bukit Chagar dan pusat kawalan operasi)," katanya.


Sementara itu, Adam berkata semasa pertemuan dengan Ting Han, didapati pusat-pusat data yang terletak di Johor mungkin terus mendapat momentum dalam dua tahun akan datang.


Beliau berkata, Fasa 1 Taman Teknologi Sedenak telah meraih pelabur-pelabur pusat data berskala besar seperti Yondr, Keppel Data Centres dan Bridge Data Centres.


"Kemasukan pelabur pusat data akan datang akan menjadi lebih mudah melalui Laluan Lorong Hijau Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menawarkan bekalan elektrik berkelajuan tinggi, dengan pusat-pusat data disambung tiga kali ganda lebih laju berbanding masa bekalan biasa, lantas memendekkan tempoh pelaksanaan daripada 36 hingga 48 bulan kepada hanya 12 bulan.


"Pertumbuhan pusat data mungkin memberi manfaat kepada kontraktor yang terdedah kepada projek pusat data seperti Sunway Construction dan Gamuda," katanya.


RHB Research mengekalkan saranan 'wajaran tinggi' terhadap saham syarikat-syarikat dalam sektor pembinaan dengan pilihan utama ialah Gamuda, Kerjaya Prospek dan Sunway Construction.


"Kami memilih syarikat-syarikat ini disebabkan oleh faktor kebolehlihatan perolehan mereka yang mantap selama tiga hingga enam tahun.


"Gamuda mempunyai capaian operasi yang besar di luar negara manakala perjanjian rangka kerja Kerjaya Prospek dengan Samsung C&T akan memberikannya pendedahan kepada lebih banyak kerja-kerja swasta yang rumit.


"Kami juga menggemari Sunway Construction, bukan hanya kerana faktor aliran kerja yang stabil daripada syarikat induknya tetapi juga atas rekod prestasinya di Johor, lebih-lebih lagi di kawasan Iskandar, yang mungkin mengalami pertumbuhan lanjut pada masa akan datang dengan potensi zon kewangan khas Johor-Singapura menjadi pemangkin," katanya.


Sumber: Berita Harian


Johor 'lubuk rezeki' kontraktor pembinaan tempatan


13 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page