top of page

Usah 'lepaskan' kereta api laju HSR kepada swasta bulat-bulat


Usah 'lepaskan' kereta api laju kepada swasta bulat-bulat
Gambar hiasan: HSR Taiwan

Usah 'lepaskan' kereta api laju kepada swasta bulat-bulat

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) tidak boleh diserahkan kepada swasta sepenuhnya kerana aset strategik itu mesti dimiliki kerajaan.


Ketika mengemukakan cadangan itu, Pengerusi Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Mohd Jamizal Zainol mengakui dari segi pembinaan, negara memerlukan pembiayaan swasta sepenuhnya kerana kerajaan kekurangan dana.


"Bagaimanapun, kerajaan wajar mencari mekanisme dari segi pegangan saham atau perkongsian supaya mempunyai pemilikan majoriti dalam aset strategik ini.


"Bagi tujuan itu, dicadangkan syarikat MyHSR Corporation Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF) yang diperbadankan terus menerajui dan melaksanakan peranan dalam memantau pelaksanaan HSR bagi pihak kerajaan.


"Ia menjadikan kerajaan mempunyai saham majoriti dalam syarikat memiliki HSR ini kelak. Ingatlah atas apa tindakan dilakukan kerajaan, kedaulatan negara mesti dipertahankan," katanya.


Sumber: Berita Harian


Usah 'lepaskan' kereta api laju kepada swasta bulat-bulat


Comments


bottom of page