top of page

Untung bersih I-Bhd merosot ketara



SHAH ALAM: I-Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah RM500,000 bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020, berbanding RM11.5 juta pada suku sama tahun lalu.


Pendapatan yang diraihnya pada suku dikaji merosot kepada RM11.2 juta berbanding RM42.2 juta yang dicatatkan dalam suku sama 2019.


Prestasi kumpulan pada suku kedua 2020 terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu dan jualan belum dibilkan lebih rendah berikutan ketiadaan pelancaran baharu serta persekitaran pasaran hartanah yang lemah.



Segmen pembangunan hartanah terus menjadi penyumbang utama kepada kumpulan dari segi perolehan, namun segmen pelaburan hartanah dijangka mula menghasilkan keputusan memberangsangkan dalam tahun-tahun akan datang.


Kumpulan komited untuk membina portfolio pelaburan hartanah dalam usaha meraih aliran pendapatan yang mantap dan berulang.


Pengerusi I-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong, berkata kumpulan menjangkakan penggunaan berterusan teknologi digital akan membantu mempercepatkan sasaran mencapai kelebihan daya saing dalam pemasaran i-City.


"Pelaburan berterusan teknologi digital dan pendigitalan sebagai sebahagian strategi jangka panjang kumpulan akan mengukuhkan portfolio projek kami di i-City, Segi Tiga Emas Selangor," katanya dalam satu kenyataan.



2 views
bottom of page