top of page

Untung bersih Eco World Development meningkat kepada RM69.6 juta pada 1QFY24


Untung bersih Eco World Development meningkat kepada RM69.6 juta pada 1QFY24
Eco World Development Group Bhd

Untung bersih Eco World Development meningkat kepada RM69.6 juta pada 1QFY24

KUALA LUMPUR 21 Mac - Untung bersih Eco World Development Group Bhd (Eco World Malaysia) meningkat kepada RM69.6 juta pada suku pertama berakhir 31 Januari 2024 (1QFY24) berbanding RM57 juta yang dicatatkan pada tahun lalu didorong jualan yang lebih tinggi.


Kumpulan itu berkata, hasil bagi suku berkenaan juga meningkat kepada RM537.8 juta berbanding RM484.7 juta pada 1QFY23.


Eco World Malaysia merekodkan jualan sebanyak RM1.26 bilion bagi tempoh empat bulan pertama FY24 mewakili 36% sasaran keseluruhan.


"Projek Iskandar Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan jualan mencecah RM723 juta mewakili 57% daripada jumlah jualan hingga kini," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Eco World Malaysia, Datuk Chang Khim Wah berkata, kumpulan itu berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan FY24 sebanyak RM3.5 bilion dengan RM1.26 bilion jualan dijamin dalam empat bulan pertama.


Beliau berkata, projek di Iskandar Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat baik dan 45% daripada jualan setahun penuh dicapai pada FY23 adalah daripada projek di situ.


"Selain daripada permintaan yang semakin tinggi untuk hartanah di rantau ini, ia mencerminkan kekuatan jenama Eco World di Iskandar Malaysia dan rekod prestasi kukuh yang telah kami wujudkan melalui lapan projek berterusan di seluruh negeri," katanya.


Beliau berkata, hari ini kumpulan itu memliki lima perbandaran matang dengan tiga taman perniagaan yang sedang dibangunkan dengan dua bidang tanah baharu untuk Eco Business Park VI di Kulai dan Eco Botanic 3 di Iskandar Puteri.


"Kami juga sedang giat mencari peluang meningkatkan bank tanah.


"Memandangkan tahap penggearan bersih kami yang rendah sebanyak 0.28x pada 31 Januari 2024, Eco World Malaysia kekal pada kedudukan baik untuk meningkatkan lagi prospek pertumbuhan pada masa akan datang," katanya.


Sumber: DagangNews


Untung bersih Eco World Development meningkat kepada RM69.6 juta pada 1QFY24

11 views
bottom of page