top of page

Unit TAFI Industries dapat kontrak pembinaan RM115 juta


Unit TAFI Industries dapat kontrak pembinaan RM115 juta Berita Harian www.bharian.com.my
Unit TAFI Industries dapat kontrak pembinaan RM115 juta

KUALA LUMPUR: TAFI Home and Office Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, berjaya mendapatkan kontrak pembinaan siap guna bernilai RM115 juta daripada Magna Park Sdn Bhd untuk keseluruhan pembangunan dan pembinaan pangsapuri perkhidmatan Metro Kepong Fasa 2D di Kepong Baru, Kuala Lumpur.


Dalam kenyataannya dengan Bursa Malaysia hari ini, TAFI Industries yang juga pembuat perabot dan bertukar kepada pemaju berkata, Magna Park turut melantik TA Furniture Industries Sdn Bhd, yang juga anak syarikat milik penuh TAFI sebagai perunding pengurusan projek.


"Tempoh kontrak seperti yang dinyatakan dalam surat anugerah ialah 48 bulan selepas mendapat kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa atau 30 bulan selepas mendapat permit pengiklanan oleh pemaju atau tarikh yang akan dinasihatkan oleh Magna Park," katanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Bryan Wong, berkata kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 hingga 31 Disember 2025.


Sumber: Berita Harian


Comments


bottom of page