top of page

Unit Bina Darulaman raih kontrak sistem pengairan bernilai RM34.08 juta


BDB Infra Sdn Bhd
Kontrak itu bagi membangunkan satu sistem pengairan bagi membantu meningkatkan hasil padi di Kedah dan Perlis. -Gambar fail/Sinar Harian

BDB Infra Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: BDB Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd, telah meraih tender bernilai RM34.08 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


Kontrak itu bagi membangunkan satu sistem pengairan bagi membantu meningkatkan hasil padi di Kedah dan Perlis.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pemaju hartanah yang berpangkalan di Kedah itu berkata projek tersebut dijadual siap dalam tempoh 104 minggu daripada tarikh pengambilan tapak pada 27 Feb, 2023. "Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2023 dan 2024," katanya.


Sumber: Astro Awani


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page