top of page

UEM Sunrise terus komited bina RMBJ


ISKANDAR PUTERI 29 Jan. - UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise), pemaju induk Iskandar Puteri meneruskan komitmen syarikat dalam memacu projek pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) menerusi pembinaan 1,109 di Denai Nusantara di sini.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, pembinaan RMBJ di situ merangkumi lima blok setinggi 12 tingkat dengan 1,109 unit dan 108 lot kedai setingkat pelbagai jenis perniagaan.


Menurutnya, selain pembinaan berkualiti, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan untuk keperluan bersama-sama komuniti setempat seperti dewan serbaguna, masjid, padang bola sepak, trek joging, kawasan rekreasi serta pagar keselamatan.


"UEM Sunrise sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri dalam memastikan pemilikan rumah untuk setiap lapisan masyarakat.


"Berlandaskan pengalaman luas dalam industri pembinaan bandar, kediaman dan pembangunan bersepadu, kami komited dalam membina rumah mampu biaya yang berkualiti dan kondusif untuk keselesaan dan manfaat rakyat," katanya dalam Majlis Penyerahan Kunci RMBJ Pembangunan Denai Nusantara yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di sini sebentar tadi.


Anwar Syahrin berkata, UEM Sunrise akan meneruskan inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dan memudahkan komuniti untuk memiliki kediaman sendiri.


Sumber: Utusan


33 views
bottom of page