top of page

UEM Sunrise, MLSB capai kemuncak pembinaan Residensi AVA


UEM Sunrise, MLSB capai kemuncak pembinaan Residensi AVA
Residensi AVA adalah projek pembinaan fasa pertama perbandaran Kiara Bay di Kepong - Gambar ihsan UEM Sunrise

UEM Sunrise, MLSB capai kemuncak pembinaan Residensi AVA

KUALA LUMPUR: Pembinaan projek hartanah kediaman, Residensi AVA yang dibangunkan secara bersama oleh UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) dan Mega (M) Legacy Sdn Bhd (MLSB) sudah mencapai kemuncak dengan lengkapnya pembinaan lapisan bumbung di tingkat teratas.


Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah, berkata Residensi AVA juga adalah projek pembinaan fasa pertama perbandaran Kiara Bay di Kepong.


Beliau yang juga Pengarah MLSB berkata, ia menjadi langkah pertama kumpulan untuk membangunkan perbandaran perdana Kiara Bay dengan visi untuk menjadikannya 'bandar 15 minit' menjelang 2045.


"Majlis 'topping out' Residensi AVA adalah sebuah pencapaian penting di dalam membangunkan Kiara Bay sebagai satu perbandaran yang lestari dan destinasi kehidupan bandar yang meriah dan inklusif, sesuai bagi komuniti berbilang generasi di samping mengukuhkan lagi kehadiran kami di Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis 'topping out' Residensi AVA.


Yang turut hadir Pengerusi MLSB, Zaida Khalida Shaari; Pengarah MLSB, Tan Sri Yap Suan Chee; Pengarah SA Architects Sdn Bhd, Ar Richard Sau; Ketua Pegawai Operasi Wilayah Tengah UEM Sunrise, Liong Kok Kit dan Pengarah Syarikat Pembinaan ORANGEBEAM Construction, Datuk Tun Putera Matin Ahmad Shah.


Sufian berkata, sejak pelancaran Residensi AVA pada 2019, MLSB telah berdepan dan mengatasi pelbagai cabaran, termasuk pandemik COVID-19.


Walau bagaimanapun, beliau berkata, majlis 'topping out' Residensi AVA memberi gambaran positif kepada daya tahan dan komitmen pembangunan 1.78 hektar terhadap matlamat penyerahannya pada suku ketiga 2024, sekali gus menyemai keyakinan dalam kalangan pemilik serta penduduk setempat.


Katanya, Residensi AVA yang terdiri daripada dua menara setinggi 41 tingkat dengan jumlah 870 unit akan menjadi penanda aras untuk sebuah kehidupan bandar mesra alam dengan penekanan terhadap ciri kebolehhidupan, bersama reka bentuk yang diinspirasikan daripada konsep simetri dan keseimbangan seperti sayap rama-rama.


"Unitnya terdiri daripada pelbagai saiz binaan bermula daripada 75 meter persegi (813 kaki persegi) hingga 119 meter persegi (1,285 kaki persegi), untuk memenuhi keperluan pelbagai generasi serta gaya hidup yang berbeza.


"Kemudahan yang ditawarkan memberi keseimbangan antara kehidupan dan masa lapang, seperti kolam renang bersaiz Olimpik 50 meter, kolam rendaman, gelanggang badminton, gelanggang separa bola keranjang, dek yoga, dek langit serta pelbagai lagi bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif," katanya.


Residensi AVA ditawarkan bermula daripada RM567,800 dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM664 juta.


Ketika ini pembinaan Residensi AVA sudah berada pada tahap 75 peratus.


Sumber: Berita Harian


UEM Sunrise, MLSB capai kemuncak pembinaan Residensi AVA


9 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page