top of page

Tunggu kelulusan DBKL, TNB


Tunggu kelulusan DBKL, TNB Harian Metro www.hmetro.com.my
Tinjauan masalah parking kenderaan yang semakin sesak dan padat selepas pembinaan Residensi Wilayah berhampiran PPR Seri Semarak Kuala Lumpur. FOTO AZLAN HADI ABU BAKAR

Kuala Lumpur: Pembinaan parkir di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak di sini, akan dilaksanakan sebaik mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Jurucakap SkyWorld Development Berhad berkata, seperti yang dibincangkan sebelum ini, pihaknya akan menyediakan sekurang-kurangnya 452 petak parkir.


Menurutnya, perbincangan sudah dibuat antara pihaknya dengan Jabatan Perancangan Infrastruktur pada tahun lalu bersama wakil penduduk selepas DBKL memberi kebenaran kepada syarikat untuk membina parkir di kawasan talian rentis TNB.


"Pihak syarikat juga sudah mendapatkan kelulusan penyewaan secara lesen pendudukan sementara (TOL) daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) pada 28 April 2022 untuk membina kawasan parkir berkenaan.


"Tetapi sehingga kini, pihak kami masih menunggu kelulusan daripada DBKL dan TNB," katanya.


Semalam, Harian Metro melaporkan masalah parkir di PPR Seri Semarak, Setapak di sini semakin kritikal terutama selepas pembinaan beberapa kondominium di kawasan berdekatan.


Penduduk bukan sahaja kehilangan parkir mereka yang dianggarkan lebih 400 petak disebabkan pembangunan sekitar, malah turut disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Isu parkir yang seharusnya diselesaikan kini seolah-olah tiada jalan penyelesaian apabila janji diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju dibiarkan tanpa noktah.


Dalam pada itu, SkyWorld berkata, pihaknya melaksanakan parkir berbayar dan hasil bayaran itu akan digunakan untuk penyelenggaraan kawasan parkir.


Menurutnya, berdasarkan pelan susun atur yang diserahkan kepada DBKL untuk kelulusan, jumlah petak parkir yang dapat disediakan kelak adalah 452 petak.


Sumber: Harian Metro


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page