top of page

Nilai semula projek mega bagi mengekalkan disiplin fiskal dan momentum pertumbuhan

  • 11 hours ago
  • 2 min read
Gambar hiasan | Nor Liza Mohd Zawi
Gambar hiasan | Nor Liza Mohd Zawi

KUALA LUMPUR


  1. Keperluan menilai semula mega projek dalam persekitaran global yang tidak menentu
    • Ketidakstabilan geopolitik, khususnya di rantau Barat Asia, meningkatkan kos tenaga, logistik dan risiko rantaian bekalan.

    • Kerajaan perlu memastikan pembangunan infrastruktur tidak membebankan kedudukan fiskal negara.

    • Penilaian semula bukan bermaksud penggantungan total, tetapi penjadualan semula berdasarkan keutamaan strategik.


  2. Malaysia memasuki fasa ketidakpastian dengan asas ekonomi yang kukuh tetapi ruang fiskal terhad
    • Ekonomi berkembang 5.2% (2025) dengan permintaan domestik sebagai pemacu utama.

    • Defisit fiskal ditetapkan kepada 3.8% (2025) sasaran 3.5% (2026) dan 3.0% (jangka sederhana).

    • Keperluan mengukuhkan ‘fiscal buffers’ menjadi keutamaan dalam suasana global yang lebih volatil.


  3. Pendekatan ‘reprioritisation’ berdisiplin diperlukan
    • Keutamaan perlu diberikan kepada projek berimpak tinggi, mempunyai rangkaian hubungan ekonomi, dan potensi produktiviti jangka panjang.

    • Projek yang hampir siap tidak wajar ditangguhkan kerana kos kelewatan lebih tinggi berbanding manfaat penjimatan.

    • Penangguhan terpilih untuk projek yang kurang justifikasi ekonomi dapat mengurangkan tekanan pembiayaan dan memperbaiki trajektori defisit.


  4. ECRL sebagai contoh projek yang perlu diteruskan
    • Dengan kemajuan melebihi 90%, pemberhentian akan menyebabkan pembaziran kos lepas dan risiko aset terbengkalai.

    • Manfaat rangkaian logistik, perdagangan dan pembangunan wilayah sudah menghampiri fasa realisasi.


  5. Risiko penangguhan yang tidak teratur
    • Pengurangan pelaburan awam secara keterlaluan boleh melemahkan sektor pembinaan, logistik, pembuatan dan permintaan domestik.

    • Sejarah menunjukkan pelaburan kerajaan berperanan sebagai pemangkin modal swasta.

    • Kejelasan dasar penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur.


  6. Keperluan komunikasi konsisten kepada pelabur
    • Pelabur lebih menghargai keputusan dasar yang jelas, berdisiplin dan berdasarkan analisis kos–manfaat.

    • Penangguhan selektif meningkatkan kredibiliti fiskal, manakala keputusan mendadak atau tidak telus menjejaskan keyakinan.

    • Aliran pelaburan terus kukuh dengan jumlah diluluskan RM384.4 bilion (2024), membuktikan asas fundamental masih stabil.


  7. Kerangka penilaian semula projek mega
    • Pulangan ekonomi bersih: kesan produktiviti, pengurangan kos struktur, dan pembukaan ruang pertumbuhan baharu.

    • Kesan pengganda dan pelaburan swasta: keupayaan menarik PPP.

    • Tahap kemajuan projek: projek hampir siap perlu diteruskan.

    • Keutamaan sosial & strategik: infrastruktur mitigasi banjir, pengangkutan awam, kesihatan dan utiliti asas diberi keutamaan.

    • Penilaian risiko fiskal: kos kitar hayat, pendedahan harga komoditi global, liabiliti bersyarat dan kesinambungan hutang.


  8. Pemfokusan projek lebih strategik
    • Fokus Malaysia perlu berganjak daripada “seberapa banyak dibina” kepada “seberapa bijak memilih apa dan bila untuk dibina”.

    • Disiplin fiskal dan agenda pembangunan bukan elemen bercanggah, tetapi mesti digabung secara strategik untuk ketahanan jangka panjang.


New Straits Times | Samirul Ariff Othman

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page