top of page

Tren MRT Mutiara Damansara - Semantan terkandas


Gambar hiasan. FOTO/ARKIB NSTP

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Kajang ke Sungai Buloh dilaporkan kembali beroperasi seperti biasa selepas mengalami gangguan elektrik awal pagi tadi.


Bagaimanapun, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi Twitter AskRapidKL pagi ini memaklumkan, pergerakan tren antara stesen Phileo Damansara ke Mutiara Damansara dijangka mengalami kelewatan.

"Tren terbabit juga akan berada lebih lama di setiap platform. Perkhidmatan alternatif sudah diaktifkan.


"Perkembangan semasa akan dimaklumkan kemudian," katanya.


Terdahulu, tren MRT antara stesen Mutiara Damansara ke Semantan dilaporkan menghadapi isu bekalan elektrik.



7 views
bottom of page