top of page

TRC Synergy bida projek infrastruktur RM2 bilion


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: TRC Synergy Bhd kini giat membida projek-projek infrastruktur dan pembinaan bangunan di seluruh Malaysia bernilai lebih RM2 bilion.


Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Sufri Mohd Zin, berkata perolehan nilai kontrak pembinaan syarikat pada masa ini iaitu sebanyak RM1.5 bilion boleh bertahan sehingga 2023.


"Perolehan nilai kontrak pembinaan terkumpul termasuk antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Transit Aliran Massa 2 dan Transit Aliran Ringan 3, projek penggunaan bercampur bertingkat tinggi dan kediaman di Putrajaya serta pembinaan Mara Junior Science College di Ranau, Sabah.


"Nilai kontrak projek yang sedang berjalan berjumlah RM3.0 bilion," katanya dalam satu kenyataan.


Sufri turut menekankan bahawa TRC Synergy berhasrat mengisi semula rangkaian projeknya dengan menyasarkan lebih banyak peluang di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


"Dengan pengalaman lebih daripada tiga dekad berserta projek bernilai melebihi RM9 bilion berjaya disiapkan setakat ini, TRC Synergy adalah antara kontraktor terkemuka di dalam negara ini," katanya sambil menambah TRC Synergy berada pada posisi yang baik untuk merebut peluang baharu tatkala ekonomi negara kini telah beransur-ansur pulih dan aktiviti pembinaan kian meningkat.


Selain prospek positif dalam segmen pembinaan, TRC Synergy turut menjangka mencatatkan sumbangan kukuh daripada segmen pembangunan hartanahnya pada tahun mendatang.


Beliau berkata, bahagian hartanah kumpulan kini mengendalikan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM500 juta setakat 31 Mac 2021. -BERNAMA


Sumber: Berita Harian

25 views

Comments


bottom of page