top of page

TNB salurkan bekalan elektrik untuk PR1MA Sungai Puteri


Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Puteri, Rompin
Isu kelewatan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Puteri, Rompin

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Puteri, Rompin

KUANTAN - Isu kelewatan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Puteri, Rompin bukan berpunca daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad berkata, semakan mendapati, bekalan elektrik telah mula disalurkan ke kawasan perumahan itu pada 20 Disember tahun lalu.


Menurutnya, bekalan disalurkan bagi tujuan pemasangan meter dan bekalan ke setiap unit kediaman.


"Para pembeli rumah projek itu dinasihatkan untuk berurusan dengan TNB setelah pemaju menyerahkan kunci kediaman masing-masing.

"TNB berharap masalah yang dihadapi pembeli dapat segera diselesaikan bersama pihak pemaju," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan antara punca-punca kelewatan projek perumahan itu disebabkan TNB.


Sinar Harian sebelum ini menyiarkan keluhan lebih 130 pembeli rumah PR1MA Sungai Puteri, Rompin yang tertekan selepas rumah dibeli sejak dua tahun lalu masih belum boleh diduduki.


Pembeli mendakwa pemaju berjanji akan menyerahkan kunci rumah selepas 24 bulan perjanjian jual beli (SNP) dibuat pada Ogos 2019, namun sehingga kini gagal berbuat demikian.


Maklum balas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Toiman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berhubung isu itu mendakwa punca kelewatan projek tersebut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perubahan pelan saluran pembetungan dan masalah dengan TNB.


Sumber: Sinar Harian


6 views

Comments


bottom of page