top of page

Tempoh reman ‘kartel projek’, DO, juruukur, bekas YDP, kontraktor disambung


DUA individu termasuk DO ditahan SPRM dipercayai bersekongkol syarikat kontraktor di Mahkamah Majistret, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan tempoh sambung reman selama empat hari terhadap kontraktor iaitu dalang sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di Selangor sejak tahun 2012.


Turut disambung reman bagi tempoh sama ialah pegawai daerah (DO) dan seorang juruukur bahan yang dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor terbabit.


Terdahulu, ketiga-tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk mendapatkan perintah sambungan reman mulai esok hingga 1 Ogos ini.


Selain suspek tersebut, SPRM juga mendapatkan tempoh sambung reman selama dua hari terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.


Kedua-dua suspek berusia 47 tahun yang kini memegang jawatan DO itu akan disambung reman masing-masing mulai esok hingga 30 Julai.


Sebelum ini, kedua-dua suspek berkenaan bersama kontraktor terbabit direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 23 hingga 28 Julai lalu.


Juruukur bahan dan DO itu pula direman selama lima hari dari 24 hingga 28 Julai selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya itu.


14 views

Comentários

Não foi possível carregar comentários
Parece que houve um problema técnico. Tente reconectar ou atualizar a página.
bottom of page