top of page

Techpark@Enstek terima pelaburan lebih RM4 bilion

Techpark@Enstek terima pelaburan lebih RM4 bilion
Techpark@Enstek dimiliki dan dibangunkan TH Properties Group

NILAI: Taman Perindustrian Bandar Teknologi Enstek atau Techpark@Enstek telah mengumpul pelaburan melebihi RM4 bilion dan menjana lebih 1,500 pekerjaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata jumlah pelaburan untuk projek industri makanan dan minuman di taman perindustrian itu membabitkan pelabur daripada luar negara dan tempatan.

"Techpark@Enstek berjaya menarik dan menjadi pilihan pelabur khususnya dalam industri makanan dan minuman.

"Antaranya adalah Coca-Cola Bottles Sdn Bhd (dari Amerika Syarikat), Kellogg's Malaysia (Amerika Syarikat), Ajinomoto Bhd (Jepun), Sunshine Bread Sdn Bhd (Singapura) dan Purecircle Sdn Bhd (Armenia).

"Manakala, syarikat baharu yang sedang dalam proses pembinaan pula adalah Dutch Lady Milk Industries Bhd (Belanda), Macfood Services Sdn Bhd atau Tyson Group (Amerika Syarikat) dan Farm Fresh Milk Industries," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pencah tanah kilang pembuatan Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri), bernilai lebih RM250 juta di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, Techpark@Enstek adalah kawasan industri dan taman teknologi hab halal yang menawarkan nilai tambah yang membolehkan sesuatu produk bersaing di peringkat global.

"Rantaian industri makanan halal berpotensi tinggi dan perlu dilaksanakan secara holistik. Komitmen kerajaan adalah selaras hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal bagi produk serta perkhidmatan di rantau ini," katanya.

Beliau menjelaskan, dijangka lebih banyak pelabur baharu memutuskan untuk melabur di Techpark@Enstek.

"Taman perindustrian ini memiliki keluasan 748.67 hektar di mana 485.62 hektar sudah dijual sepenuh, manakala 263.046 hektar lagi sudah mendapat kelululan dan akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Taman perindustrian itu dibangunkan dengan tiga fasa di mana Techpark@Enstek 1 dan 2 sudah dijual sepenuhnya, manakala fasa 3 akan dilancarkan kelak.

Techpark@Enstek adalah kawasan industri dalam Bandar Enstek yang dimiliki dan dibangunkan TH Properties Group anak syarikat penuh Lembaga Tabung Haji (TH).

Luas keseluruhan Bandar Enstek adalah 2,071.6 hektar meliputi komponen perumahan, komersial, institusi pendidikan dan industri.

Sumber: Berita Harian

bottom of page