top of page

Taraf Raya meterai MOU dengan MRL dan CCC berkaitan projek ECRL



KUALA LUMPUR: Taraf Raya Sdn Bhd (Taraf Jaya) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) berkaitan kerjasama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang.


Dalam satu kenyataan, Taraf Raya berkata MRL dan CCC telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang untuk memastikan 40 peratus kerja sivil (tidak termasuk kerja-kerja di terowong) projek itu akan dilaksanakan oleh sub-kontraktor tempatan.


Taraf Raya adalah syarikat usaha sama 70:30 antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PSDC) dan Landasan Surimas Sdn Bhd, sebanyak 40 peratus dipegang oleh anak syarikat milik penuh OCR Group Berhad, Kirana Masyhur Sdn Bhd.


Taraf Raya dilantik untuk menyelaraskan penyertaan tempatan dalam projek ini di Pahang.


Di bawah MoU tersebut, Taraf Raya akan menyediakan rundingan dan bantuan kepada MRL dan CCC mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan di Pahang serta membantu CCC dalam mendapatkan pembekal dan kontraktor dengan tujuan mengoptimumkan penyertaan kandungan dan sumber tempatan, kata pengerusinya Datuk Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah.


Katanya, Taraf Raya sejak penubuhannya ia telah mendapat sambutan luar biasa daripada kontraktor dan pembekal tempatan yang berminat untuk menyertai projek ECRL.


"Saya percaya projek ini merupakan platform penting bagi kontraktor tempatan, terutama di Pahang, untuk menunjukkan kemahiran mereka dan meningkatkan tahap kepakaran mereka dalam sektor pembinaan melalui kuota penyertaan tempatan 40 peratus.


"MoU hari ini akan bertindak sebagai batu loncatan antara MRL, CCC dan Taraf Raya untuk memperbaiki hubungan antara semua pihak serta memastikan pelaksanaan kerja ECRL yang lebih lancar di Pahang," katanya.


Sumber: Astro Awani

25 views

Comments


bottom of page