top of page

Tapak projek pembinaan lokasi popular sorok diesel subsidi


Tapak projek pembinaan lokasi popular sorok diesel subsidi
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa sebuah tangki mengandungi 4,000 minyak diesel disyaki bersubsidi di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap, Setiu hari ini.

Tapak projek pembinaan lokasi popular sorok diesel subsidi

SETIU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 4,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi yang disorokkan di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap di sini semalam.


Serbuan pada pukul 11 pagi itu berjaya menyita bekalan minyak diesel berkenaan uang dianggarkan bernilai RM12,000.


Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan mendapati minyak diesel disyaki bersubsidi itu disimpan di dalam sebuah tangki di kawasan tapak projek pembinaan berkenaan.


“Syarikat pembinaan terlibat gagal mengemukakan permit kebenaran menyimpan minyak diesel daripada Pegawai Bekalan.


“Risikan selama dua minggu sebelum itu percaya minyak diesel terbabit mahu dipakai untuk kegunaan jentera berat,” katanya di sini hari ini.


Saharuddin berkata, kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi berkenaan akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


Jelas beliau, hukuman denda antara RM1 juta hingga RM3 juta atau penjara maksimum tiga tahun boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan.


Sumber: Kosmo!


Tapak projek pembinaan lokasi popular sorok diesel subsidi

Comments


bottom of page