top of page

Tangguhkan pendaftaran kontraktor G1 bumiputera


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kerajaan diminta untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan pendaftaran baharu kontraktor G1 (bumiputera) meskipun selepas 14 tahun dibekukan.


Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, ini kerana, pelaksanaan itu akan menyebabkan lebih banyak kontraktor tidak mempunyai pekerjaan memandangkan kontraktor sedia ada masih berdepan dengan masalah kekurangan projek.


Katanya, perkara tersebut memerlukan kajian secara menyeluruh bagi memastikan masalah kontraktor tidak mendapat pekerjaan dapat diatasi.


“PKMM berharap agar kerajaan mengkaji semula keputusan untuk membuka semula pendaftaran baharu kontraktor G1 agar tidak berlaku lambakan kontraktor dalam kalangan kelas tersebut.


“Oleh itu, kami menyarankan agar usaha itu ditangguh terlebih dahulu dan menunggu sehingga projek-projek di bawah kelas berkenaan diwujudkan pada jumlah yang banyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.


Sebelum ini, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, Jemaah Menteri pada 14 Ogos lalu bersetuju supaya pendaftaran kontraktor G1 (bumiputera) dibuka semula bermula 1 September lalu selepas 14 tahun dibekukan.



29 views

Comments


bottom of page