top of page

Tanah tidak stabil punca mendapan, jalan berlubang


Tanah tidak stabil punca mendapan, jalan berlubang
Tanah tidak stabil punca mendapan, jalan berlubang

Tanah tidak stabil punca mendapan, jalan berlubang

AMPANG - Jalan berlubang sedalam enam meter susulan kejadian mendapan di Jalan AU3, Taman Keramat pada Khamis adalah berpunca daripada ketidakstabilan tanah ketika kerja pembicuan paip atau pipe jacking dijalankan.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, lokasi berkenaan dalam pelaksanaan projek pembinaan rangkaian paip pembentungan Bunus Kuala Lumpur (Reka dan Bina) D44 di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).


Menurutnya, susulan daripada kejadian tersebut, pihak kontraktor telah diarah untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan dengan segera demi keselamatan pengguna.


"Mereka turut diminta untuk mengemukakan laporan terperinci kepada MPAJ mengenai kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan kejadian tanah mendap di Jalan AU3 Taman Desa Keramat di sini telah mengakibatkan jalan itu berlubang besar.


Mohd Fauzi berkata, sejurus kejadian, jalan tersebut telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan untuk dilaksanakan.

"Memandangkan kerja-kerja pembaikan telah selesai, jalan tersebut telah dibuka semula kepada pengguna dengan pemantauan oleh pihak kontraktor di tapak.

" Kerja membaik pulih jalan seperti sedia ada akan dilaksanakan setelah semua kerja penanaman paip bagi projek yang dijalankan di lokasi siap sepenuhnya," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian


8 views

Kommentare


bottom of page