top of page

T7 Global dapat kontrak Petronas Carigali



KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM50 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.


Dalam kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga itu berkata kontrak itu merangkumi penyediaan palam dan perkhidmatan bersepadu peminggiran bagi platform Pulai A di Semenanjung Malaysia.


Arahan kerja itu adalah di bawah kontrak payung Pan Malaysia dan berkuat kuasa mulai 29 Mac hingga 28 Disember tahun ini.


Katanya, di bawah kontrak itu, Tanjung Offshore akan terbabit dalam kerja-kerja yang akan datang bagi perkhidmatan telaga bersepadu untuk proses kerja dan peminggiran telaga daripada Kontraktor Pengaturan Petroleum di Malaysia.


Pengerusi T7 Global, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan, Thani berkata kontrak itu akan memperkukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai penyedia perkhidmatan telaga bersepadu di Malaysia dan mengekalkan keupayaan teknikalnya untuk melaksanakan projek kompleks luar pesisir dalam rantaian nilai tenaga.


Beliau berkata, perkhidmatan telaga bersepadu yang merangkumi penghasilan telaga dan peminggiran telaga lama akan membentuk sebahagian daripada penyelesaian tenaga jangka panjang kumpulan itu untuk syarikat minyak utama.


"Kami optimis terhadap industri minyak dan gas tempatan berikutan unjuran yang stabil untuk tempoh tiga tahun akan datang.


"Petronas kekal komited untuk memaksimumkan pengeluaran minyaknya dan terdapat lebih 500 telaga dirancang untuk dipasang secara kekal menjelang 2030 berikutan trend peningkatan telaga terbiar," tambahnya.


Nik Norzrul berkata, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kumpulan itu menyasarkan untuk meraih lebih banyak kerja seumpama itu dengan menyediakan penyelesaian telaga yang inovatif kepada Petronas dan syarikat minyak utama lain di rantau ini.

-BERNAMA


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page