top of page

Syarikat usaha sama Gamuda peroleh kontrak stesen MRT Singapura

  • Feb 23, 2022
  • 1 min read

MRT Singapore (Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: Usaha sama Gamuda Bhd di Singapura yang terdiri daripada Gamuda Bhd Singapore Branch (GBSG) dan Wai Fong Construction Pte Ltd meraih kontrak bagi reka bentuk dan kerja pembinaan stesen dan terowong Defu daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) bernilai S$467 juta (RM1.45 bilion).


Projek itu terdiri daripada pembinaan stesen bawah tanah serta dua terowong manakala kerja pembinaan dijangka bermula pada suku kedua 2022 dan selesai pada 2030, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Gamuda berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil dan pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2022.


Stesen Defu merupakan sebahagian daripada projek Fasa 1 Cross Island Line (CRL1) sepanjang 29 kilometer yang merangkumi 12 stesen.


CRL adalah laluan transit berkapasiti tinggi kelapan Singapura. – Bernama


Sumber: Berita Harian

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page