top of page

Syarat kemasukan OKU ke IPT perlu dikaji semula


Syarat kemasukan OKU ke IPT perlu dikaji semula
Syarat kemasukan ke IPT dan kemudahan prasarana bersesuaian dengan OKU dapat mengelak diskriminasi golongan itu. Gambar hiasan NSTP

Syarat kemasukan OKU ke IPT perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR: Syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dikaji semula kerana terdapat sesetengah institusi meletakkan syarat tambahan yang dilihat sebagai penghalang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mengambil jurusan tertentu.


Ketua Unit Perkhidmatan OKU (DSU) UIAM, Prof Dr Ruzita Mohd Amin, berkata perkara itu perlu dikaji semula supaya tidak ada sebarang bentuk diskriminasi pendidikan kepada OKU seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008(Akta 685).


"Masih ada institusi meletakkan syarat tambahan kemasukan ke dalam program. Contohnya seperti seorang OKU fizikal tidak boleh mengambil jurusan undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Saya rasa perkara ini tidak masuk akal kerana kursus-kursus ini tidak memerlukan latihan ataupun keupayaan fizikal yang luar biasa," katanya ketika dihubungi, di sini hari.


Katanya, selain usaha kerajaan untuk mengkaji syarat kemasukan pelajar OKU dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), pembinaan prasarana sesuai juga perlu bagi kemudahan OKU.


"Kemudahan fizikal utama yang perlu ada ialah tandas OKU dan laluan OKU. Ada institusi yang terpaksa menolak kemasukan pelajar OKU kerana tidak mempunyai prasarana ini. Perkara ini tidak adil kepada pelajar yang layak, selain ada kelas tidak mesra OKU.


Beliau yang juga bekas ahli Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) berkata, institusi pengajian juga perlu mempunyai pelan tindakan yang inklusif kepada golongan OKU seperti sistem sokongan dalam bentuk pembelajaran.


"Sekiranya boleh kita tidak mahu mengasingkan pelajar OKU daripada pelajar bukan OKU.


Misalnya ada pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penambahan masa, cara pembelajaran dan juga bahan-bahan pembelajaran perlu dipertimbangkan kerana tidak memerlukan kewangan yang banyak," katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohammad Faizal Che Yusof, berkata tindakan kerajaan untuk mengkaji syarat kemasukan ke TVET dapat menggilap potensi yang ada pada OKU.


"Sebelum ini memang ada peluang untuk OKU penglihatan tetapi belum diterokai sewajarnya.


Perkara ini berlaku kerana tidak ada pencerahan kepada OKU bila timbul isu ini, secara tidak langsung memberikan peluang kepada OKU untuk terokai TVET.


"OKU sebenarnya ada potensi dalam bidang TVET tetapi kerana tidak mempunyai kerangka dengan jalur pendidikan OKU, ia tidak menjadi pilihan utama golongan OKU penglihatan," katanya.


Sumber: Berita Harian


Syarat kemasukan OKU ke IPT perlu dikaji semula



Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page