top of page

Sudah 12 kali projek kuari Gunung Pulai dibantah penduduk


Sudah 12 kali projek kuari Gunung Pulai dibantah penduduk
Sebahagian penduduk Kampung Padang Che Mas membuat demonstrasi aman membantah pembinaan kuari batu di Gunung Pulai dan Gunung Baling semalam.

Sudah 12 kali projek kuari Gunung Pulai dibantah penduduk

BALING – Penduduk Kampung Sungai Limau dan Kampung Padang Che Mas, di sini bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar terus mendesak agar dua projek pembukaan kuari batu kapur di kaki Gunung Pulai dan Gunung Baling dibatalkan serta-merta.


Kalangan penduduk mendakwa mereka telah melakukan 12 kali bantahan berhubung pelaksanaan kuari tersebut, namun tia­da maklum balas diterima dari­pada pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri.


Penasihat Sahabat Alam Sik, Mohd. Sobri Ramlee berkata, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran dua gunung terletak bersebelahan tersebut telah membuat bantahan tentang pembukaan kuari di situ sejak 2018 lagi.


“Surat-surat rasmi mengenai bantahan dan segala maklumat lain berkaitan pembukaan kuari batu kapur di kaki Gunung Pulai dan Gunung Baling telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah serta kerajaan negeri.


“Tiada apa-apa tindakan, maklum balas diberikan pihak tersebut yang mana status projek kuari itu terus menjadi tanda tanya kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas melakukan bantahan cadangan projek kuari tersebut bersama penduduk kampung di Kampung Padang Che Mas, di sini semalam.


Kata Mohd. Sobri, pihaknya difahamkan projek berkenaan hanya ditangguhkan sementara memandangkan tiada surat hitam putih mengenai pembatalannya.


Ujarnya, bantahan dilakukan kerana projek itu dikhuatiri me­ngancam kelestarian alam ekoran pembukaan kuari terletak di kawasan kurang satu kilometer (km) dari dusun serta rumah penduduk.


“Penduduk mahu hidup dalam keadaan aman dan tenteram, ja­ngan kerana rasa tamak, ada pihak yang sanggup meragut kelestarian dan keharmonian rakyat.


“Bagaimana projek ini boleh diluluskan memandangkan tapak projek terletak kira-kira 150 meter dengan kawasan Kampung Padang Che Mas dan 990 meter dari Kampung Sungai Limau,” ujarnya.


Di samping itu, katanya, Gunung Pulai mempunyai kepen­tingan sejarah dan arkeologi tersendiri dengan artifak berusia kira-kira 17,000 tahun ditemui di beberapa gua di situ.


Sumber: Kosmo!


Sudah 12 kali projek kuari Gunung Pulai dibantah penduduk


コメント


bottom of page