top of page

Projek hijau YTL dapat pembiayaan RM1.1 bilion


YTL Power International Bhd
YTL Power International Bhd

YTL Power International Bhd

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd adalah pengatur utama mandat secara bersama bagi kemudahan pembiayaan bertempoh Islam bernilai RM1.1 bilion yang diberikan kepada subsidiari YTL Power International Bhd, YTL DC South Sdn Bhd (YTL DC).


Pengarah Urusan, Ketua Perbankan Pelaburan dan Jurubank Kanan OCBC Bank (Malaysia), Tan Ai Chin, berkata OCBC menjadi penggerak utama dalam merintis pelbagai inisiatif pembiayaan mampan dalam pasaran modal Malaysia.


"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan YTL, sebuah konglomerat antarabangsa terkemuka, dalam menstruktur serta menerajui penyusunan pembiayaan hijau pertamanya yang menandakan komitmen YTL terhadap ekosistem kitaran yang lestari," katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.


Beliau menambah, OCBC menggandakan sasaran pembiayaan mampannya kepada S$50 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu S$25 bilion yang akan dicapai menjelang 2025.


"Ini selepas pencapaian luar biasa OCBC dalam melepasi sasaran awal dengan jumlah pembiayaan mampan sebanyak S$34 juta pada 2021," katanya.


Sementara itu, urus niaga berkenaan menandakan komitmen berterusan YTL Power ke arah peralihan kepada ekonomi hijau serta kitaran di samping menyumbang kepada matlamat mitigasi perubahan iklim dan promosi bangunan mesra alam.


Fasiliti berkenaan diwujudkan bagi membiayai pembangunan Pusat Data Hiperskala Beban IT 48MW yang terletak di Kulai, Johor.


Sumber: Berita Harian


Comments


bottom of page