Struktur semula industri pembinaan: Kontraktor dan firma pembinaan kecil sederhana (SME) sebagai tulang belakang, GLC perlu fokus pasaran luar dan pembangunan rantaian bekalan
- Ridhwanisme
- May 7
- 2 min read

GLC Terus Dominasi Kontrak
GLC dan syarikat besar sering mendapat keutamaan dalam penganugerahan kontrak kerajaan disebabkan kapasiti kewangan dan hubungan kuat..
Keadaan ini menyempitkan ruang penyertaan syarikat mikro, kecil dan sederhana (MSME), yang merupakan 96.9% perniagaan di Malaysia (lebih 1.1 juta firma).
MSME sering dipinggirkan dalam pemberian kontrak — hanya layak projek kecil atau sebagai subkontraktor.
Cabaran Marginalisasi MSME
Margin keuntungan kontrak kerajaan sangat rendah (~10%), menyukarkan pelaburan semula dan penaiktarafan operasi.
Kelewatan pembayaran kontrak mengganggu aliran tunai dan operasi harian, terutama bagi kontraktor kecil yang perlu membayar pekerja setiap hari/minggu.
Cadangan Pembaharuan oleh Pemain Industri
GLC disaran anugerahkan kontrak bernilai bawah RM20 juta terus kepada MSME, atau sebagai sub-kontraktor lantikan.
GLC perlu hanya diberi kontrak berskala besar, manakala kontrak bawah RM20 juta perlu diberikan terus kepada MSME atau melalui subkontrak yang dinominasi.
Penstrukturan dasar perlu bagi memastikan landskap persaingan yang adil.
Penyertaan MSME harus diperkukuh secara sistematik, bukan sekadar retorik.
Amalkan pembayaran lebih cepat untuk kontraktor kecil.
Halangan Struktur dan Kartel
MSME hadapi halangan kewangan dan jaringan lama dalam industri.
Struktur seperti kartel dengan akses kepada sumber, pembiayaan dan pemberi kontrak melemahkan peluang pemain baru.
Kartel industri dan jaringan dalaman menyukarkan kemasukan pemain baru, termasuk MSME.
Amalan Terbaik Antarabangsa
Korea Selatan dan China: GLC fokus ke pasaran luar, biar MSME kuasai pasaran domestik menyokong sebagai vendor dalam rantaian bekalan.
Di Korea, GLC bawa SME tempatan ke luar negara sebagai vendor rakan niaga.
China bangunkan rantaian bekalan kuat melibatkan MSME dalam dan luar negara. Kontraktor China masih utamakan SME negara asal walaupun beroperasi di Malaysia.
Kritikan Terhadap Peranan GLC Domestik
GLC dikritik sebagai "jaguh kampung" - menguasai pasaran tempatan tanpa mengangkat MSME tempatan.
Budaya keutamaan kepada GLC cipta persekitaran tidak kompetitif.
Disaran agar GLC keluar ke pasaran global dan memberi ruang kepada MSME domestik berkembang.
Usahawan baru tiada peluang melainkan bergantung kepada pemain besar dan margin keuntungan yang rendah.
Kewajaran dan Reformasi Badan Berkanun
Tokoh ekonomi Dr. Nungsari tegaskan badan berkanun seperti MARA, FELDA, TH, LTAT tidak seharusnya terlibat dalam perniagaan.
Fungsi asal mereka – pelaburan, latihan, pendidikan dan pembangunan masyarakat - perlu dikembalikan.
Pelaburan GLIC untuk Rangsang Ekonomi
Enam GLIC (Khazanah, EPF, KWAP, PNB, TH, LTAT) perlu fokus kepada pelaburan, bukan menjalankan perniagaan.
Strategi pelaburan menyokong sektor penting seperti hartanah, automasi, tenaga hijau, kesihatan dan pertanian pintar.
Seruan Dasar Baharu
Untuk Malaysia mencapai status negara maju, pendekatan terhadap pengagihan kontrak dan pembangunan kapasiti MSME mesti berubah.
GLC perlu jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ruang dan peluang kepada MSME, bukan sekadar penyumbang projek mega tempatan.





Comments