SSLR hubungkan Sabah dan Sarawak tanpa melalui Brunei
- Ridhwanisme
- Aug 17
- 2 min read

SABAH | SARAWAK
Konteks & Isu Semasa
Tiada rangkaian jalan terus Limbang/Miri (Sarawak) ke Sabah tanpa melalui Brunei.
Laluan sedia ada: Kuala Baram → Brunei → Limbang → Temburong → Lawas → Sindumin → Sabah.
±93,300 penduduk Limbang & Lawas terpaksa guna pasport dan melalui pemeriksaan imigresen 8 kali.
Matlamat SSLR
Menjadi jalan darat pertama menghubungkan Sarawak - Sabah tanpa melalui Brunei; memudahkan mobiliti pedalaman utara Sarawak dan mengurangkan kebergantungan sempadan.
Mengurangkan masa perjalanan/urusan imigresen dan menambah baik kesinambungan dengan Pan Borneo.
SSLR Fasa 1: Lawas → Persimpangan Long Lopeng (±77 km)
Status kemajuan (Sept 2024): 38%; mendahului perancangan kira-kira 5% (perancangan 30.32%).
Tarikh mula: 9 Ogos 2021; sasaran siap: Nov 2026.
Peruntukan: RM1 bilion. Kontraktor: Saraworks Sdn Bhd.
Jaringan asas untuk hubungkan Lawas dengan rangkaian jalan Sarawak tanpa melalui Brunei.
SSLR Fasa 2: Medamit → Rumah Aling (Pulau Brunei) (±322 - 336.67 km)
Kerja pembersihan/merata tanah sudah bermula dan berjalan lancar.
SST: Mac 2023; kontrak dimuktamadkan hujung 2024; tempoh siap dianggarkan 5 tahun.
Kos: RM7.2 - RM7.4 bilion. Pemilik projek: KKR Malaysia; Agensi Pelaksana Teknikal: JKR Sarawak.
Model Reka & Bina; Kontraktor utama: Maltimur Aktif Unggul.
Piawaian: JKR R3, dua lorong (single carriageway), geometri disesuaikan dengan muka bumi, penekanan keselamatan, alam sekitar & pengalaman pemanduan.
Pakej & Bahagian (4 pakej, 7 bahagian)
Pakej 1: Mulu → Long Seridan • Mulu → Kem Jalen • Kem Jalen → Long Seridan
Pakej 2: Seridan Panjang → Nanga Mendamit • Long Seridan → Long Napir • Long Napir → Nanga Mendamit
Pakej 3: Long Luping → Long Komap, Ba’Kelalan
Pakej 4: Rumah Aling → Long Luping • Rumah Aling → Bukit Pagon • Bukit Pagon → Long Luping
Kelulusan SPA Sarawak: pertama 2 Sep 2020; kedua 25 Mei 2023.
Keperluan Tenaga Kerja & Tempoh
Analisis empirikal: ±4 juta jam kerja setiap pakej untuk disiapkan dalam 48 bulan → justeru dipecah kepada 7 bahagian bagi percepat capaian mileston.
Cabaran Lapangan (dinyatakan Menteri KKR & pihak projek)
Geografi berbukit-bukau dan jajaran panjang merentas banyak kampung; skop kerja luas & kompleks.
Pengambilan balik tanah diurus Jabatan Tanah & Survei Sarawak; sesetengah bahagian bermula, ada isu kecil namun tidak menjejaskan hala tuju keseluruhan.
Suara Komuniti (Manfaat di lapangan)
Armit Marundi (Rumah Jampong, Kg Melaban): SSLR memudahkan ke Miri/Lawas tanpa melalui Brunei; harap jalan berturap hingga kampung yang kini bergantung laluan balak.
Bujie Jampang (Kg Tanah Merah, Medamit): jambatan sementara memperlancar pergerakan; pembukaan kawasan baharu memudahkan akses ke sekolah dan Klinik Kesihatan Nanga Medamit.
Chadak Majak (Rumah Bujang, Rantau Kiran): kerja melapangkan jalan Medamit → Pulau Brunei rancak; SSLR rangsang pembangunan luar bandar.
Implikasi Industri & Dasar
Pengangkutan/Logistik: kurangkan masa & kos, elak bottleneck sempadan, memudahkan rantaian bekalan pedalaman.
Perkhidmatan Awam: tambah akses pendidikan & kesihatan; peluang pekerjaan tempatan sepanjang pembinaan.
Ekonomi Setempat: meluaskan pasaran hasil pertanian & pelancongan komuniti; pemangkin projek sokongan (jambatan, jalan akses, utiliti).
Utusan Borneo | Mastura Ismail
Comments