top of page

Sri Lanka, Jepun setuju sambung semula projek terhenti


Sri Lanka, Jepun setuju sambung semula projek terhenti
Gambar hiasan

Sri Lanka, Jepun setuju sambung semula projek terhenti

SRI LANKA, 5 Mei - Sri Lanka dan Jepun bersetuju menyambung semula projek dua hala yang terhenti, termasuk projek kereta api ringan yang dibiayai Jepun bernilai $1.5 bilion.


Kedua-dua negara mengumumkan perjanjian itu semasa lawatan Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa ke Sri Lanka.


Sri Lanka sedang berusaha untuk menyusun semula keadaan ekonominya dan hutang, selepas krisis kewangan terburuk dalam tempoh lebih tujuh dekad pada 2022, mencetuskan kemungkiran hutang asing.


Jepun menjangkakan akan ada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sri Lanka dan jawatankuasa pemiutang rasmi yang dilantik untuk membantu menstrukturkan semula hutang negara itu yang dipengerusikan Jepun, kata Kamikawa.


"Saya juga menyampaikan hasrat Jepun untuk terus menyokong pembangunan Sri Lanka dengan menyambung semula projek secepat mungkin, sebaik sahaja MoU mengenai penstrukturan semula hutang ditandatangani dan hasrat kerajaan Sri Lanka untuk segera memuktamadkan perjanjian dua hala disahkan," katanya kepada pemberita di Colombo.


Sri Lanka menarik diri daripada projek rel pada 2020.


Kabinet Sri Lanka pada Julai memberi kelulusan kepada Presiden Ranil Wickremesinghe untuk memutuskan jangka masa yang sesuai untuk mengaktifkan semula projek dengan Jepun.


Sumber: Berita RTM


Sri Lanka, Jepun setuju sambung semula projek terhenti

bottom of page