top of page

SPRM buka 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi setakat 8 Jun, 60 peratus libatkan ahli politik


SPRM buka 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi setakat 8 Jun, 60 peratus libatkan ahli politik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya

SPRM buka 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi setakat 8 Jun, 60 peratus libatkan ahli politik

PUTRAJAYA: Sebanyak 156 kertas siasatan membabitkan kes berprofil tinggi dibuka Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2020 hingga 8 Jun lalu.


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mendedahkan daripada jumlah itu 60 peratus kes berkenaan melibatkan ahli politik.


Menurutnya, dalam tempoh itu BOK berjaya mendakwa 91 individu melibatkan 454 pertuduhan. "Dalam tiga tahun (2020 hingga 8 Jun lalu) kita buka 156 kertas siasatan melibatkan 211 tangkapan, 91 individu ditahan dan 454 pertuduhan dibawa ke mahkamah," katanya dalam sidang media di pejabatnya baru-baru ini.


Kang Sai menambah, sejak lima tahun yang lalu, BOK mengambil pendekatan untuk mengutip hasil berbanding menuduh seseorang individu di mahkamah.


Dalam tempoh tiga tahun itu, katanya, kerajaan memperolehi hasil lebih RM10 juta menerusi perlucutan harta dan kompaun (lebih RM128 juta).


"Jadi dalam tempoh tiga tahun sahaja, kita berjaya mengumpul RM139 juta kepada kerajaan. Tak semestinya kita (SPRM) perlu membawa penjenayah untuk ke mahkamah sebaliknya kita ada pendekatan yang lebih baik untuk menambah hasil kepada kerajaan," tambahnya lagi.


BOK merupakan salah satu inisiatif bagi mencapai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan rasuah berskala besar, perolehan dan penguatkuasaan.


Siasatan BOK berfokus kepada kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam dengan nilai rasuah melebihi RM1 juta.


Antara kes-kes berprofile tinggi yang disiasat badan tersebut dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:

  • Op Mitra - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang melibatkan dana RM84 juta.

  • Op Hire - Beberapa buah syarikat mengemukakan maklumat pekerja yang mempunyai butir matan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya.

  • Seorang individu bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan berhubung geran berjumlah lebih RM80 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif

  • Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Institut, Robotik, dan IoT (MARii) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.


Sumber: Astro Awani


SPRM buka 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi setakat 8 Jun, 60 peratus libatkan ahli politik


6 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page