top of page

SPAN siasat kontraktor sebabkan pembentungan pecah


paip pembetungan awam pecah di Seri Kembangan, Selangor
Keadaan pembentungan awam pecah di Seri Kembangan, Serdang semalam.

paip pembetungan awam pecah di Seri Kembangan, Selangor

CYBERJAYA – Sebuah syarikat kontraktor disiasat susulan kecuaian sehingga menyebabkan paip pembetungan awam pecah di Seri Kembangan, Selangor semalam.


Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, pihaknya telah menyerahkan satu notis kesalahan kepada wakil kontraktor berkenaan.


Menurutnya, dalam kejadian semalam, paip pembentungan awam milik Indah Water Konsortium (IWK) pecah akibat kerja-kerja pengorekan tanah oleh kontraktor berkenaan.


“Kecuaian itu menyebabkan limpahan pengaliran sisa air kumbahan dan kacau ganggu terhadap alam sekitar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.


Katanya, pihaknya mendapati kerja-kerja pengorekan tanah itu berlaku di sebuah tapak projek pemasangan utiliti.


SPAN berkata, kontraktor berkenaan disyaki cuai sehingga menyebabkan paip pembetungan awam pecah dan berlakunya limpahan air kumbahan di atas permukaan jalan dan seterusnya menyebabkan kacau ganggu.


“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 122(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] yang memperuntukkan bahawa jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Sumber: Kosmo!


4 views
bottom of page