top of page

SIBS raih kontrak berbilion ringgit bina pangsapuri modular di Neom, Arab Saudi


SIBS raih kontrak berbilion ringgit bina pangsapuri modular di Neom, Arab Saudi
Gambaran artis projek NEOM di Arab Saudi dibangunkan SIBS Group.

SIBS raih kontrak berbilion ringgit bina pangsapuri modular di Neom, Arab Saudi

SIBS Group, antara peneraju teknologi pembinaan modular mengumumkan memperoleh kontrak pembinaan 2,174 pangsapuri di Neom, sebuah projek perbandaran terbesar di barat laut Arab Saudi.


Syarikat akan terbabit dalam pembangunan projek itu sebagai kontraktor siap guna dan mengunjurkan untuk menyerahkan unit siap sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun depan.


Ketua Pegawai Eksekutif SIBS Group, Erik Thomaeus, berkata projek hartanah itu yang akan dikenali sebagai NEOM, bakal menjadi pembangunan inovatif di tengah-tengah bandar Neom.


Semua 2,174 unit pangsapuri di projek itu akan ditempatkan dalam 35 bangunan. Setiap unit kediaman direka untuk menampilkan ruang kehidupan mewah dan pelbagai kemudahan bersesuaian untuk memenuhi keperluan penghuni bandar serba moden.


Setiap unit pangsapuri satu dan dua bilik tidur akan dilengkapi perabot siap terbina yang berkualiti, bilik air eksklusif dan balkoni.


'Kemampanan sentiasa menjadi satu-satunya falsafah reka bentuk kami dan bersama dengan sistem bangunan yang efisien, kami mampu mencapai tahap kecekapan tenaga yang tinggi.


'Kami teruja dapat meraih projek besar ini. Perkembangan ini melambangkan peristiwa penting untuk syarikat dan menggambarkan komitmen kami untuk mencipta pengalaman

kehidupan yang luar biasa buat penghuni,' katanya dalam kenyataan hari ini.

SIBS raih kontrak berbilion ringgit bina pangsapuri modular di Neom, Arab Saudi
Bilik pameran memaparkan bahagian dalaman unit modular SIBS Malaysia.

Menurut Thomaeus, apabila SIBS bermula pada 2016, pasukan berkenaan hanya mempunyai satu misi iaitu untuk merevolusikan cara pembinaan rumah. Kapasiti berskala besar dan keupayaan untuk memenuhi keperluan berbeza dari pelusuk dunia diperkukuhkan lagi dengan meraih projek NEOM.


Tahun lalu, syarikat pembinaan modular ini membuat pelaburan kilang baharunya di Pulau Pinang. Sejak itu, produktivitinya meningkat empat kali ganda, menjadikan SIBS antara pengeluar terbesar modul apartmen di dunia.


Kilang canggih meliputi kawasan seluas 550,000 kaki persegi di tapak 28 ekar ini juga hampir semuanya beroperasi menggunakan tenaga solar untuk mengurangkan jejak karbon.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIBS Malaysia, SP Ong, berkata NEOM membolehkan syarikat kami mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri dalam pembinaan modular.


'Segalanya di kilang kami direka dan dibina secara khusus, daripada sistem pengeluaran hingga mesin yang digunakan untuk pengeluaran. Kami antara yang terawal dapat menyiapkan 90 peratus daripada bangunan pangsapuri di kilang dan hanya 10 peratus kerja di tapak.


'Untuk terus meningkatkan kecekapan, syarikat menempatkan pembekal utama secara strategik berhampiran kilangnya untuk mengelak gangguan pada pengeluaran.


Kejayaan SIBS memperoleh projek pembinaan pangsapuri berbilion ringgit ini bersandarkan pasukan profesional berpengalaman yang membawakan kepakaran dan minat mendalam terhadap inovasi pada setiap projek yang dijalankan,' katanya.


Sumber: Berita Harian


SIBS raih kontrak berbilion ringgit bina pangsapuri modular di Neom, Arab Saudi


Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page